Monday, 10 December 2007

Petua

1) Melangsingkan badan:

Tiada jalan mudah untuk kurus. Jangan marah eik..Itu semua berdasarkan pengalaman saya ajer. Saya tak berani nak makan pil-pil atau apa-apa makanan/minuman untuk kurus. Agaknya takut bila tengok bermacam-macam side effect yang terkena pada pengguna-pengguna beberapa produk tertentu. Masa dalam pantang, saya amalkan petua air limau nipis+kapur makan. Kapur dan limau nipis boleh memecahkan lemak. Saya sapu campuran tersebut ke perut, then pakai bengkung. Alah, bengkung yang biasa ajer, yang ada jual kat pasaraya-pasaraya - biasanya bahagian bra and panties tuuu...Berkesan juga petua ni sebenarnya.

Selepas tempoh berpantang, saya amalkan meminum air panas setiap hari. Air panas tu janganlah minum waktu panas menggelegak, nanti terbakar lidah, dah bisu pulak sorang. Heheh..Tuangkan air panas ke dalam gelas kaca, tunggu kejap sampai agak-agak boleh minum, lepas tu minum sedikit demi sedikit. Ambil masa, jangan telan semuanya. Jangan ambil minuman berais atau bergas terus. Minuman berais dan bergas boleh menyebabkan badan nampak "kembang" semacam.

2) Melembabkan wajah:

Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.

3) kulit lawa

Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Saya pun dah cuba petua ni. Saya buat 2 minggu sekali.

4) mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :1) Lobak merah 2) Sebiji kuning telur 3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.

http://www.petua-kecantikan.duniamama.com/

No comments: