Friday 28 December 2007

buhsannnn...

bosannya aku.. hubby aku asyik dok ngadap pc dia ja.. ngadap aku seminit dua, pastu tgk pc balik! bosan aku dok sorang2 depan tv nih. hangin jugak aku dengan laki aku nih. satgi kalu aku dok melangut kat dia, dia marah plak. kata takbleh concentrate la apa la.. rasa macam nak jentik ja tumit dia sampai lebam!!

tapi best gak dok sorang2 nih. takdak sapa nak berebut remote ngan aku! hehe.. masalahnya takdak cita best la plak malam nih. hentam layan channel zee, tgk hindustan. tapi mata aku lebih banyak melekat kat laptop nih ha...

ermm... sbenaqnya aku takdak topik yang best utk digebangkan kat sini malam nih. cuma rasa bosan yang teramat, tu pasai aku post macam hampeh tu.. hehe..

oh ya.. lagi 2-3 ari masuk new year.. meaning due aku dah dekat dah.. nervesnya.. tapi harap2 suma selamat n smooth la nanti.. kicking baby aku pun dah rasa makin keras. sekali dia bagi flying kick, senak gak perut aku kadang2 tu.. hehe.. but its exciting! i really appreciate da chance to feel like other mom espc my mom felt during her pregnancy dulu..

well, i think dats all for tonite.. c ya!

Sunday 16 December 2007

Pemilikan Aset Canggih Pertingkat Kredibiliti Pertahanan Negara

Oleh Shuhaida Mohd Said

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Selepas 50 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia kini mempunyai sistem pertahanan yang berwibawa dan menyakinkan dengan pemilikan aset canggih yang meningkatkan keupayaan kuasa tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemilikan teknologi pertahanan moden seperti pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) Sukhoi SU-30MKM pada tahun ini bukan sekadar menjadi penyeri ruang angkasa, malah ia diperakui sebagai antara yang tercanggih di rantau ini dan bakal memberikan impak maksimum ke arah usaha memperkukuhkan pertahanan negara.

Kemampuan pesawat Sukhoi melaksanakan pelbagai fungsi daripada pertahanan udara kepada serangan darat serta maritim memberikan kelebihan dalam operasi pengawasan sama ada ketika aman atau waktu peperangan.

Pesawat yang mampu terbang sejauh 3,000km dengan simpanan minyak normal dan jarak operasi mampu dilanjutkan sejauh 8,000km menerusi pengisian minyak di udara, memberikan kuasa `penghalang' kepada mana-mana pihak yang berniat untuk menganggu kedaulatan dan keselamatan negara.

Penganalisis ketenteraan antarabangsa memperakui bahawa pesawat yang diperoleh setelah Malaysia menandatangani perjanjian pembelian dengan Russia bernilai RM3.42 bilion pada Mei 2003 itu bakal mengubah imbangan strategik Asia Tenggara.

Dengan dominasi 18 pesawat pejuang Sukhoi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di samping 16 pesawat MIG-29 Fulcrum buatan Russia dan lapan buah F/A-18 Hornet buatan Amerika Syarikat, pertahanan di ruang angkasa Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap siap siaga yang tinggi.

Sementara itu keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) beroperasi di laut lepas juga akan lebih berwibawa dengan pemilikan dua unit kapal selam diesel-elektrik generasi baru jenis Scorpene.

Kapal selam yang dibina oleh syarikat perkapalan Perancis, Defence Conseil National (DCN) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia itu akan menjadi pelengkap kepada kemampuan armada dalam mengharungi era baru peperangan empat dimensi iaitu peperangan permukaan, bawah permukaan, peperangan pertahanan udara dan peperangan elektronik.

Scorpene pertama yang diberi kelas Perdana Menteri, KD Tunku Abdul Rahman telah dilancarkan pada Oktober lalu dan dijangka akan diserahkan kepada Malaysia pada Januari 2009.

Ia dijadualkan tiba di negara ini enam bulan kemudian, manakala Scorpene kedua iaitu KD Tun Razak dijangka diserahkan pada Oktober 2009 dan tiba di negara pada Mac 2010.

Kapal selam berkelajuan 20 knot itu dilengkapi dengan peralatan terkini serta sistem navigasi tercanggih, sistem tempur yang dikenali sebagai SUBTICS, perlengkapan senjata peluru berpandu `Sub-surface to surface missiles', torpedo dan periuk api di laut.

Perolehan bernilai 1.04 bilion Euro (kira-kira RM3.4 bilion) itu mampu beroperasi pada kedalaman 350 meter selama 40 hari berterusan yang dianggap sesuai untuk beroperasi di perairan Laut China Selatan atau Selat Melaka.

Selain pemilikan aset pertahanan yang canggih dan terkini, kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga terserlah sepanjang 2007 ini apabila terus mendapat kepercayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan tugas-tugas pengaman di beberapa negara bergolak.

Kejayaan yang dicapai Kontinjen Malaysia (Malcon) I dalam misi Pasukan Interim PBB di Lebanon (Unifil) membuktikan bahawa kredibiliti anggota ATM berada pada tahap terbaik selain mempunyai profesionalisme dan disiplin yang tinggi.

Kumpulan misi pengaman seramai 360 anggota yang mempamerkan khidmat cemerlang itu mendapat pujian pihak antarabangsa termasuk PBB dan telah kembali ke tanah air Oktober lalu, selepas sembilan bulan berkhidmat di Lebanon.

Bagi meneruskan misi itu seramai 278 anggota lagi dalam kumpulan induk Malcon II yang terdiri daripada 16 pegawai dan 262 anggota lain-lain pangkat termasuk lapan anggota wanita telah dihantar ke Beirut sejurus selepas Malcon I menamatkan khidmat selama sembilan bulan di sana.

Sementara itu kepulangan Kumpulan Ketiga Unit Perubatan Malaysia di bawah ATM dalam misi PBB di Sahara Barat pada 4 Dis lalu juga membawa satu lagi kejayaan misi yang meletakkan Malaysia khasnya ATM di persada PBB.

Kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia untuk menyediakan kemudahan perubatan dan rawatan kepada ribuan pelarian serta orang awam dan tentera yang tercedera akibat konflik bersenjata di Sahara Barat itu merupakan satu penghormatan kepada negara khusunya ATM.

Kemampuan ATM menyediakan pasukan untuk menyertai misi pengaman pada bila-bila masa khidmat mereka diperlukan menunjukkan anggotanya sentiasa berada pada tahap siap siaga yang tinggi bukan sahaja untuk menjaga kedaulatan negara malah menyumbang kepada keamanan negara lain yang memerlukan.
-- BERNAMA

Thursday 13 December 2007

counting da moment..

salam to all...

as to now, aku dah masuk 30th week.. well, i'm getting bigger n bigger now.. badan pun dah rasa berat semacam n fatigue really make my days worse.. but have to sabar la coz dats da price dat i 've to pay to be a mummy :)

mmg agak suffer dgn dis new experience but actually its quite enjoying n menyedarkan aku ttg kesusahan umi ngandungkan aku dulu. so i better pleased her alwaz n takbleh buat dia sedih la.. pengorbanan seorang ibu amat-amat dan sangat-sangat besar buat kita.. not only raising us, but da most tough moment ialah waktu ngandung n lahirkan kita..

oh God.. banyaknya dosa-dosaku.. ampunilah aku insan yang sangat hina ini ya Allah.. ameen..

*** Tuhanku, aku tidak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa2 ku. Ameen ya rabbal a'lameen..

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

Wednesday 12 December 2007

sesaja ja...

S: makes people laugh
H: cute
U: is very sexual
H: cute
A: hot
I: expressive eyes
D: can kick ur butt
A: hot

M: Makes dating fun
O: has one of the best personalities ever
H: cute
D: can kick ur butt

S: makes people laugh
A: hot
I: expressive eyes
D: can kick ur butt

A: hot
B: loves people and sex
C: good kisser
D: can kick ur butt
E: has gorgeous eyes
F: loves people wild and crazy adore you
G: very outgoing
H: cute
I: expressive eyes
J: is really sweet
K: crazy
L: very good kisser
M: Makes dating fun
N: loves to laugh and smile
O: has one of the best personalities ever
P: popular with all types of people
Q: a hypocrite
R: smart
S: makes people laugh
T: smile to die for
U: is very sexual
V: not judgmental
W: has clean minded
X: never let people tell you what to do
Y: is loved by everyone
Z: can be funny and dumb at times


Monday 10 December 2007

Petua

1) Melangsingkan badan:

Tiada jalan mudah untuk kurus. Jangan marah eik..Itu semua berdasarkan pengalaman saya ajer. Saya tak berani nak makan pil-pil atau apa-apa makanan/minuman untuk kurus. Agaknya takut bila tengok bermacam-macam side effect yang terkena pada pengguna-pengguna beberapa produk tertentu. Masa dalam pantang, saya amalkan petua air limau nipis+kapur makan. Kapur dan limau nipis boleh memecahkan lemak. Saya sapu campuran tersebut ke perut, then pakai bengkung. Alah, bengkung yang biasa ajer, yang ada jual kat pasaraya-pasaraya - biasanya bahagian bra and panties tuuu...Berkesan juga petua ni sebenarnya.

Selepas tempoh berpantang, saya amalkan meminum air panas setiap hari. Air panas tu janganlah minum waktu panas menggelegak, nanti terbakar lidah, dah bisu pulak sorang. Heheh..Tuangkan air panas ke dalam gelas kaca, tunggu kejap sampai agak-agak boleh minum, lepas tu minum sedikit demi sedikit. Ambil masa, jangan telan semuanya. Jangan ambil minuman berais atau bergas terus. Minuman berais dan bergas boleh menyebabkan badan nampak "kembang" semacam.

2) Melembabkan wajah:

Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.

3) kulit lawa

Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Saya pun dah cuba petua ni. Saya buat 2 minggu sekali.

4) mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :1) Lobak merah 2) Sebiji kuning telur 3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.

http://www.petua-kecantikan.duniamama.com/