Sunday 25 November 2007

my baby is on his way :D





lets pray together.. may Allah bless me n my child..
harap dipermudahkan kelahiran sulung aku ni.. InsyaAllah...

just to share...

IBU MENGANDUNG BOLEH MINUM AIR SEJUK...

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.

Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.

Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep Teori Tekanan Kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.

*** Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVTNo 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,31350 Ipoh, Perak

Saturday 24 November 2007

school break...

assalamuaalikum..
dah agak lama tak posting.. takdak idea sbenaqnya.. thee hee hee...
dua hari lepas, mak abah n adik2 aku baru ja balik kampung lepas sminggu jalan2 ronda2 kat KL n negri 9.. maklumlah.. dah start cuti sekolah, tu yang bawak bebudak tu jejalan..
adik2 aku tu plak kalu bab mai umah aku kat KL nih depa mmg suka la.. tiap2 tahun mesti nak mai punya.. terutama sekali capit la. excited btoi dia tu. 2 minggu sebelum mai, dok reja kol aku bagitau dia dah prepare itu ini nak mai sini. semangat btoi!

untuk entertain depa, aku request off day direk 4 hari. mula2 depa sampai, aku amik depa kat Pudu pastu malam tu teruih pi umah kak aku kat seremban. kami tidoq kat sana seround pastu kami pi dok kat port dickson plak..

apalagi beb, bercanda ria di pantai bagai nak rak la aku ngan adik2 aku suma.. mandi laut tak ingat donia! hehe.. balik hotel, capit dok pulun brenang kat swimming pool plak! kalau kat umah kemain malas mandi. tapi kat sini, pulun berenang macam tak penah jumpak ayaq!

lepas tidoq seround kat PD, kami pun bertolak balik KL la plak. tidoq kat umah aku plak.. oleh kerana mati kutu n taktau nak pi mana, kami bantai pi muzium negara, tugu negara tu segala.. busan gila! hehe.. kes yang jadi gitu sebab aku yang drive. laki aku reja. kalu aku yang drive, jangan harap la nak pi jauh2.. tobat tak reti! hehe.. pastu bila hasben aku off, baru la pi jauh skit. adik2 aku nak pi cameron, tapi jauh skit so kami divert pi genting jalah..

lepas puas ronda2 KL nih suma ( aku heran la budak2 nih tak jemu2 ronda2 KL, macam tak penah mai ja.. heheh), abah aku dah dok teringat kat kodiang la plak.. so depa pun balik la. adik2 aku dok tak puaih lagi, tapi terpaksa gak balik.. sian depa..

best jugak ronda2 ngan famili nih... terubat la skit rindu di hati :p
tak sabaq nak balik kampung plak nih.. arap2 raya haji nih dapat cuti panjang skit. insyaAllah...