Tuesday 6 September 2011

~ mati itu pasti ~

salam...
dah lama tak ngepost =)
nak kata busy tu, takla sangat pun... this year dpt cuti raya sampai raya ke2. nantilah i upload gambar raya. hari nih terdetik utk post sbb terkenang arwah rakan seperjuangan abang Noramfaizul Mohd Nor (1971-2011).

walaupun hampir seminggu pemergian arwah, banyak lagi kemusykilan dan keraguan yang belum terungkai. tuding-menuding semakin menjadi-jadi. apa susah sangat ka nak lafazkan "MOHON MAAF"? jatuhkah darjat seseorang sekiranya beliau memohon maaf? hina sangatkah sekiranya seseorang itu merendah diri dan memohon maaf?

hati makin meruntun sayu dan sebak bila kematian Allahyarham seolah dipersenda pihak yang kononnya mulia itu. paling tidak boleh diterima segenap warga media, apabila 'pihak itu' seolah menyalahkan arwah sendiri sbb pemergiannya atas dasar sukarela. agaknya orang itu dah gila atau hilang kewarasan semata-mata nak 'selamatkan' diri sendiri. tuding sana sini, mohon maaf jauh sekali..

ntahla apa nak jadi. gugurnya rakan seperjuangan kami bukan perkara remeh, mereka seharusnya bertanggungjawab! memang sudah ajalnya, MATI ITU PASTI! namun cara kematiannya sukar diterima...masih terbayang gelak tawa dan kemesraan arwah melayan dan menasihati 'adik-adik' di BERNAMA.

senang membahasakan dirinya 'ABANG', sentiasa menuturkan butir nasihat dan kata-kata semangat utk adik-adiknya. barangkali Allah terlalu sayangkan arwah, sebab itulah dijemputNya dengan cara ini. kematiannya disanjung seluruh dunia, jasanya dikenang. WIRA sebenar sentiasa berada 'DI BELAKANG LENSA'.

Semoga arwah tergolong dalam org mukmin dan jannah buatnya.. aminnn..