Sunday 25 February 2007

wok.. work..work...

weekend.... tapi aku keja. macam keja kilang plak aku nih. keja tak ikut ari n ada shift pagi petang.. but keja on saturdays or sundays nih best.. tak jem n jalanraya aman damai.. aku paling benci jem so bila tak jem, heaven ler... actually aku tgh boring sangat2 nih.. hampeh sungguh la... no more to say.. tata...

Saturday 17 February 2007

dari kodiang ke jalan rejang...

dari kodiang ke jalan rejang... perjalanan hidup penuh sejuta memori yg ckup colorful =)

asalnya aku dilahirkan di sebuah teratak kayu dikelilingi bendang milik arwah tokwan aku di sebuah kampung di pekan kecil di utara tanahair, kodiang, kedah darul aman... lahir pada tanggal 30 september 1982, aku dibesarkan dgn penuh kasih sayang. cherished by my parent n family's warm luv n cares..

bila dah besar n masuk skolah rendah, tiap2 ujung minggu, cuti skolah, aku slalu abiskan masa di umah arwah tokwan, tempat aku dilahirkan... suasana tenang, nyaman n damai... no place in this world sama dgn kampung tu.. bila time menuai, paling best, isi padi dalam guni, angkut guna beskal tua n antar ke kilang. tak macam skarang. padi terus masuk dalam lori n straight away ke kilang...tiap2 ari sabtu, pegi nat (pekan sehari), yang banyak menyimpan kenangan antara arwah tokwan n aku (miss u so much tokwan.. rest in peace..). di umah tokwan, i learnt da meaning of life.. learn to cook, learnt to work learn to live.. learnt to be independent.. aku dapat total freedom n my parent never stop me from doing anything dat i want (thanx to abah n mak)..

since primary school, aku dah start spent most of my time kat luar. meaning, slalu brenggang dgn parent n family. crazily active dlm sport n become one of the best sportgal at my school.. at dat time my mentor (teacher Rosmawati) was very proud of me... then bila aku masuk secondary school, aku dah tak active sport lg coz pihak skolah tak encourage or even allow gals take part in sports except for sukan antara rumah... very sad dat time but i collect banyak gold medal dalam sukan antara rumah. hero ar time tu. glamer abih! =)

after bjaya dgn flying colors dlm SPM... cheeewah! then i entered universiti teknologi MARA, shah alam. amik masscomm. dari diploma sampai degree. major journalism. angan2 nak jadi reporter n nak keliling dunia... alhamdulillah dah tercapai skit. keliling dunia ja blum. time study dulu, banyak hurdles n dugaan.. tpaksa cari duit sendiri coz duit loan n parent kasi tak cukup. besala.. living in a huge city.. aku jual kain, baju, tudung n penah juga jadik budak fotostat. dat experiences taught me a lot.. aku bersyukur dapat peluang untuk bersusah2 dulu...kompleks PKNS shah alam jadi saksi. tempat aku cari rezeki lebih tiga tahun sepanjang aku study kat uitm. macam2 org aku jupa n macam2 pengajaran aku dapat. i was so lucky coz semua experience tu ilmu hidup... buat pedoman to be a better gal...

then after finished my study (got diploma n degree), jadi stringer (part-time reporter kat RTM n The Star newspaper). penah jugak jadi R&D officer di state investment centre. tapi tak sesuai reja 8-5 plus bos sangat menyakitkan hati. then i quit. looking for other job. kembali jadi freelance writer... (born to be a writer..hihi... )suddenly dream came true dapat offer jadi journalist di agensi berita idaman hati since aku study dulu.. syukur n thanx to Allah for his bless..

now my prior mission now is to make my parent n family live happily.. n satu lagi anugerah bermakna dlm idup aku is... my soulmate... my fiance.. [ luv u D =) ] aku nak semua insan tersayang aku nih hepi to have me in their life.. may Allah alwaz bless me n smoga aku sentiasa berada di right path..my journey has just begin.. di sini, jalan rejang 10, taman setapak jaya, kuala lumpur...

Wednesday 14 February 2007

kampungku... Kodiang

Kodiang, sebuah pekan di Utara Negeri Kedah Darul Aman. Jaraknya lebih kurang 50 km dari Bandar Alor Star dan 20 km dari Bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan. Pekan Kodiang dihubungi dengan jalan raya yang baik samada dari Kangar, Changloon, Jitra atau Alor Setar.

Terdapat sebuah stesyen keretapi di Kodiang. Keretapi Ekspress Langkawi dari Kuala Lumpur akan singgah di Stesen Arau, dan dari sini anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Kodiang. Mengikut cerita perkataan kodiang berasal dari bahasa Thai iaitu "tanah merah". Satu ketika dulu Kodiang terkenal dengan "Passembur Kodiang". Jika anda berhajat untuk mendapatkan ikan keli yang segar dari bendang, anda bolehlah melawat pasar Kodiang. Disini anda akan dapati banyak Ikan Keli, Haruan dan Sepat dijual setiap pagi. Anda juga boleh membeli hasil pertanian yang segar dari petani seperti buah-buhan, sayur-sayuran dan lain-lain produk pertanian yang dibawa oleh petani dari kampung-kampung sekitar Kodiang. Rebong adalah sejenis sayuran utama yang boleh diperolehi di daerah ini dan banyak dijual oleh petani-petani. Hasil rebong diperolehi oleh petani yang berusaha mencari dipinggir hutan sekitar Kodiang dan Cangloon.

Hari Sabtu setiap minggu adalah hari Pekan Nat Kodiang (Pekan sehari) dimana hasil pertanian dijual disini. Penjual terdiri dari peniaga-peniaga kecil yang datang dari kawasan persekitaran dan juga dari Selatan Thailand. Penduduk sekitar Kodiang akan datang ke sini untuk membeli belah keperluan harian. Pelawat yang datang ke Pekan Nat Kodiang boleh memdapat pelbagai hasil pertanian yang dikeluarkan oleh para petani seperti rebong, ikan haruan kering, ikan sepat kering dan ikan sepat ronggeng.

--hj daud ismail

Saturday 3 February 2007

Permintaan Terakhir Pasangan Adik-beradik Di Hari Wilayah

Oleh Ayudalita Pendek - rakan seperjuangan dlm dunia kewartawanan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ibarat tangisan dalam ketawa. Itulah perasaan ibu pasangan adik beradik Atikah Amirah Md Nizam, 13, dan Ahmad Nazmi, 8, yang menghidap penyakit saraf "Spinal Muscular Atrophy Type 2" sejak kecil ketika melihat aksi riang mereka yang berpeluang merasai sendiri kemeriahan perarakan sempena sambutan Hari Wilayah ke-33 di sini hari ini.

Berbeza dengan ribuan warga kota lain yang turut mengikuti pelancaran sambutan itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, acara itu mungkin yang terakhir bagi kedua beradik itu kerana keadaan mereka yang disahkan doktor semakin serius dan ekoran tiada penawar bagi penyakit itu.

Ibu mereka, Hamidah Abdul Aziz, 37, berkata beliau terpaksa menghadapi risiko membawa kedua-dua anaknya menyaksikan sambutan itu di Dataran Merdeka semata-mata bagi memastikan mereka bergembira, dan yang penting melihat keletah dan ketawa mereka yang menjadi penawar kepada dirinya juga sepanjang menjaga mereka.

"Lagipun ini permintaan mereka sendiri. Memang saya bimbang tetapi yang penting saya dapat tunaikan permintaan mereka yang mungkin menjadi permintaan terakhir," katanya sayu sambil melihat gelagat riang kedua-dua anaknya itu yang berkerusi roda dan tidak henti-henti melambai kepada setiap anggota kontingen yang menyertai perarakan sambutan itu.

Menurutnya bagi mengelakkan perkara buruk, semua bekalan ubat dan peralatan perubatan anak-anaknya itu turut dibawa bersama, terutama kerana baru-baru ini anak keduanya Atikah, mengalami sesak nafas dan doktor menasihati agar mengurangkan aktiviti luar.

Hamidah berkata bagi memastikan anak-anaknya selesa mengikuti perarakan itu, suaminya Md Nizam Md Som, 39, seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), membuat tinjauan terlebih dahulu di Dataran Merdeka bagi mencari laluan sesuai untuk menolak kerusi roda dan menempatkan mereka.

"Sudah jadi kelaziman kepada suami saya untuk tinjau dahulu tempat yang hendak dibawa mereka berjalan-jalan, kalau-kalau ada kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya.

Hamidah berkata hari ini, suaminya yang tidak dapat menemaninya kerana perlu bertugas, telah menghantar mereka seawal 6.30 pagi untuk memastikan mereka mendapat lokasi yang sesuai.

"Tetapi saya sedikit kecewa kerana anak-anak saya tidak berpeluang menyaksikan perarakan dengan lebih dekat kerana dihalang penonton," katanya yang berhenti kerja bagi memastikan dua daripada tiga anaknya itu yang disahkan menghidap penyakit berkenaan berpeluang bersekolah di Sekolah Khas Seri Indah di sini.

"Akak terpaksa berhenti kerja semasa usia Atikah dua tahun lagi kerana penyakit itu menyebabkan dia tidak mampu untuk berjalan. Bukan sahaja terpaksa menguruskan persekolahan mereka setiap hari malah menguruskan makan dan minum," katanya.

Beliau berkata selepas doktor mengesahkan penyakit itu tiada penawarnya, sebagai ibu beliau hanya berupaya memberikan kasih sayang dan perhatian sewajarnya.

"Disebabkan tiada ubat, Atikah dan Ahmad hanya sekadar menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya yang mengakui menerima hakikat akan kehilangan anaknya itu pada bila-bila masa sahaja.

"Doktor sendiri telah menasihatkan akak untuk menerima pelbagai kemungkinan," katanya.

Sementara itu, ribuan warga kota membanjiri Dataran Merdeka hari ini, untuk menyaksikan perarakan yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Wilayah dengan menampilkan kira-kira 95 kontinjen termasuk pasukan pancaragam sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta serta kontinjen perumahan awam, selain perarakan kenderaan seperti kereta mini, motor Vespa dan kenderaan DBKL.

Kontinjen DBKL muncul johan acara perbarisan bagi kategori agensi kerajaan bukan uniform, manakala kontinjen Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah Menengah (SM) Agama Kuala Lumpur juara kategori Sekolah Beruniform; dan SM (P) Kuen Cheng muncul juara kategori Pancaragam Sekolah.

Sambutan bertemakan "Maju dan Sejahtera" itu berlangsung selama sebulan.
-- BERNAMA

*we should be grateful for being healthy and hidup bahagia di bumi Tuhan ini... Alhamdulillah...