Sunday, 10 February 2013

dentist ooo dentist !!!

sangat takut jumpa dentist ok!!! huhu...

Assalamualaikum...

perkara di atas adalah dirujuk. aku mmg dr kecik mmg penakut abih ngan dentist. kalau zaman sekolah tu, nampak van klinik kesihatan mai aku mmg tak senang duduk. dengaq kata nak kena check gigi, aku teruih p bilik ayaq, tenyeh sakan la gigi ni nak bg clear.

alkisahnya... setelah usiaku menginjak 30 tahun, maka menghadapilah akan diri ini masalah sakit gigi sbb gigi bongsu tumbuh. dia tumbuh cam herot pun ada, cucuk baikkkk aku punya pipi sampai sakit tatau nak habaq arrr... aku dok hold lama jugak la, last2 tak tahan malam nih jugak aku pi jumpa dentist. rasa takut tu aku lempaq jauh.

ayat pertama dentist itu - "ya Allah, awat biaq sampai jadi macam ni? abih luka-luka dalam ni, tu yang sakit tu. penuh darah nih..." dalam ati tepikiaq, "ooo patut la aku selalu ludah kuaq darah, ingat hangat dalam badan..." huhuuu...

dan dentist tu kata, kena cabut - aku dengan toyanya bertanya "sakit dak doktor?"... doktor tu buleh gelak kat aku dan berkata " kalau budak kecik, boleh la bohong kata sakit, nih orang tua, saya nak habaq macam mana pun tatau..."

dan aku berkata pula "saya tak penah cabut gigit, tu tatau.." dan dentist itu menjawab "memang sakit laa.. tp inshaAllah boleh, kalau tak buang lagi teruk pulak, nak makan pun susah".

dan aku pun kata "ok, cabut jalah".. Bismillah, then proses pun bermula. aku teringat la selawat burdah yg boleh jadik penawaq tu, tp tak hapai sampai abih la pulak. aku pulun baca jalah takat aku tau. baca tak sangga la dalam hati nih...

titt..titt..tiit... masa berlalu, tadaaaaa!!! dah siap. uiks tak sakit la pulak (sbb ubat kebaih boh banyak kot..). takat la nih, selepas sejam setengah belalu, tak la rasa apa lagi. harap2 ok la sampai ke sudah...

jadi begitulah kisahnya... alhamdulillah sebab Allah permudah urusan aku malam nih. aku tau nih suma reja Allah nih, kalau dak mau melompat lama dah. Allah sayang aku, Dia bagi tak sakit, syukur Alhamdulillah.. sekian, wassalam =)

RUJUKAN: klinik gigi Dr Mohd Fadzilah, jalan pantai halban, bandaq darul aman.
time aku pi kena doktor pempuan, alhamdulillah.
caj: RM90 sahaja... murah berbanding klinik lain aku rasa...

No comments: