Sunday, 25 November 2012

bila diri diuji, diuji dan diuji ....

Assalamualaikum...

bila diri diuji, rasa sayu ja hati ni. rasa macam i'm alone in this tiny world. rasa macam takdak sesapa ja walaupun member kat sebelah rancak bercerita macam2 kisah... dari kisah bakal suami excident, mak mentua sakit.. ada yg dok cari lead tak dapat2... tp aku kat komputer nih, dok melayan perasaan sensorang, maleh amik port...

bila situasi ni melanda, maka terpikirlah utk bershopping dan mendapatkan makanan yg sedap utk diri ini. padahal kalu dah sedih tu, dekat2 la ngan Allah, baca quran, solat sunat ka apa yg patut, ni dak dok ingat dunia lagi walaupun sedaq dunia tu tak best sebenaqnya... huhu...

apa nak buat nih? TABAHLAH WAHAI HATI, never lose hope and have faith. Allah always here, with me =)

p/s: malam ni nak ajak incik suami shopping jugak la... hihiiiii...

Thursday, 15 November 2012

in the name of Islam !

ALLAHUAKBAR!

AKU BERMOHON DARI-MU YA RABB, KAU HANCURKANLAH MUSUH ISLAM LAKNATULLAH! BINASAKANLAH MEREKA! CELAKALAH KAMU WAHAI MUSUH2 ISLAM, DUNIA HANYA PERSINGGAHAN, KEHIDUPAN ABADI, ITU JANJI ALLAH ! JANGAN KAU ANGKUH DAN RAKUS MENGASAK NIKMAT DUNIA, JANGAN KAU DERA JIWA2 MUSLIMIN LAGI, KERANA TUHAN KAMI ALLAH MAHA BESAR, BERKUASA ATAS SEGALANYA, AKAN MENGHANCURKAN KAMU SEMUA WAHAI MUSUH2 ISLAM!!!

WAHAI JIWA2 MUSLIMIN YG TERSEKSA, TABAHLAH WAHAI HATI, BERSYUKURLAH KERANA KAMU SEMUA SANGAT HAMPIR DENGAN SYAHID - YG MENJANJIKAN KEJAYAAN AKHIRAT YG ABADI ...


Wednesday, 14 November 2012

tobat aku takut MATI !

Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar

by: http://www.akumijae.com
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." - Sabda Nabi Muhammad S.A.W

* Tanda-tanda kematian:

100 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Tanda Sebelum Kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Tanda Sebelum Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Tanda Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Waktu Asar?

Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.
Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?
Kebaikan Solat Waktu Asar

Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila
Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1
Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.
Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.
Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri.
Wallahuallam...

anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi
assalamualaikum....



Saturday, 10 November 2012

'kemerapuan yg melampau'

salam...
hujan yg lebat dah berenti dan stori yg agak ngok-ngek pun dah clear, so alhamdulillah lega...
minggu lepas aku kat melaka for 3 days weh, pegi blajaq advance english kononnya... huhu... well, overall, interesting, rileks gak ar sebab cikgu bahasa inggeris tu cool and hot! hahaa...turun ja kapai, aku direk balik kodiang. cam besa ar, every week mesti mau balik, kalu dak pengsan aku. hihi...

tadi aku gi saimen kat merbok, dlm banyak2 topik, dok sembang la pasai blog. ada member tanya, ramai ka follower? aku kata, takdak aih sbb blog aku nih khas utk 'kemerapuan yg melampau' saja. takdak masa nak diskas benda yg tadak kena ngena ngan aku. nih cam open diary aku la...

sat lagi nak layan adam hawa sat. banyak episod gak tetingai nih, dah jadi lagu mana tatau la.. hihi.. okla, tu saja utk rini, babai =D

Sunday, 4 November 2012

its 6.37 pm ...

still at the office, listening to beauty and the beast sang by celine dion and sapa tah pokcik tu...
ujan lebat baru ja stop, feel like malas nak drive balik, same as yesterday, stay late at the office without doing nothing cos story dah abis, tapi malas nak balik.

tomorrow, will be having class again... penat la tapi sila tabah, this is my final semester, so tak sampai 2 bulan lg, finish my masters degree lorr, inshaAllah =)

lapaq (tapi baru ja ngadap nasik ayam) maybe sbab ujan, perutku cepat meronta2. nak cari makan, malas, so bior jelah.. apa nak buat kat umah jap gi? banyak sangat keja tak siap, basuh baju, lipat baju, sapu sampah, kemas umah... gosh! plus assigments dan buku betingkat-tingkat utk dibaca - konon nak tambah pengetahuan...

memikiorkan banyak sangat benda nak buat kat umah, jadi maleh nak balik. tulun! tulun! sapa mau tulun saya yg banyak keja nih? tu la... sapa sruh keja camni, kan dah tak seropa orang... huhu...Allah, pls give me strength dua posen! huhuuuu

kenapakah jadi begini malas? ish..ish.. nak kena dah budak che da nih! pi balik, amik anak2, buat keja umah! --- arghhh tak laratnya saya... awat dok pi jadi reporter? jadik cekgu kan senang....

sekian, wassalam =)

Saturday, 3 November 2012

d.i.a.r.y

salam,
hari nih, i realized bout something - to keep the memories remain =)
setiap hari macam2 benda baru kita jupa and from there, we'll gain or learn something that might benefit us. macam today, aku jumpa satu kisah tentang 'seorang hamba Allah yg telah tiada' yet seems like she's still alive.

Yasmin J Hunwick - satu watak yg cukup unik. watak itu pergi mengadap Penciptanya pada usia yg cukup muda - 17. walaupun masih muda, tp 'peninggalannya' di blog milik dirinya mencerita seribu satu kisah yg cukup besar, tidak setanding usianya. impak from the posts mencengkam jiwa aku sampai sekarang dan menarik diri ini utk terus mengenali arwah- walaupun dia telah tiada di bumi Allah ini.

ketika jemari aku mengetuk keyboard menceritakan kisah 3 sekawan maut dlm kemalangan jalanraya di langkawi - aku langsung tak amik kisah akan watak2 dlm cerita tu. like always, aku tulis dan aku lupa - terlalu banyak kisah yg aku beritakan. macam2 kisah kematian - tapi aku jarang ambik kisah.

tapi hari nih, aku singkap kembali watak yg pernah aku kenali melalui berita yg aku tulis bout few months ago, somewhere in June - setelah adik dan kakak aku becerita akan diri arwah - yg cukup unik pastinya. aku google dan sat saja dh dapat view blog arwah http://misschronicz.blogspot.com/ - yg dikini diupdate ibunya.

aku pun tatau la pasaipa aku rasa kisah tu sgt memberi kesan kat aku sampai aku teruih pi beli notebook utk tulih benda2 penting kot2 'sampai masa aku' sesapa yg close dgn aku boleh find something from that book. aku taknak bila aku dah takdak, blog and fb account aku ditutup camtu ja. i want to keep the memories remain utk tatapan anak2 aku - generasi aku. from there, inshaAllah they'll know me better for who i am.

dan bagi aku yg kerap ke Langkawi, teringin sangat nak berkenalan dgn family arwah - nak jadi kawan depa, share her stories - mesti sangat menarik. feel like nak ziarah pusara arwah jugak ...

Yasmin Johan (is her real name) - you're really 'something'... may Allah bless your soul and may Jannah will be your eternal home. thank you dear - today, u've taught me something, even u're far far away - Al-fatihah ...