last friday kampung aku dikejutkan dengan satu insiden yg sgt meruntun jiwa dan perasaan... sorang remaja aged 17, maut akibat dipukul suaminya sendiri. arwah baru saja kawin, walaupun famili arwah tak setuju sbb arwah still muda, tp dah dia nak sangat, bapa dia izinkan juga.
depa ni famili yg agak susah, ayah arwah keja kontrak saja. dulu umah depa depan umah aku, sangat kecik, takleh nak imagine betapa keciknya umah depa. pastu lepas mak and ayah angkat bapak dia meningai, depa pindah dok umah depa (tak jauh jugak dlm 100 meters ja dr umah aku...)
main point aku di sini ialah - aku sgt2 bersyukur dgn segala ujian Allah terhadap aku, tak besaq mana n langsung tak serius! tapi tu pun nak ngomplen n merungut bagai nak rak! be thankful la wahai che da! sebab tu la kita kena tgk org yg lebih susah drpd kita supaya kita lebih bersyukuur..
macam jiran aku nih, dah la susah, anak sorang masuk jel (abang arwah) sbb kena tipu dengan tokey ganja, sorang la anak kena bunuh brutally. bayangkanlah betapa besaqnya ujian Allah bagi kat depa. tp betui la kata Allah, Dia tidak akan menguji hamba-Nya yang tidak mampu menanggung ujian itu (lebih kurang la kan...). sebabnya, setiap kali aku tengok bapak si arwah nih mai mengadu hal kat abah aku, dia tenang saja. nampak tabah. walaupun susah, dia redha dengan ujian Allah tu. kalau kena tang aku la, mau melompat meraung sana sini kot.
aku harap famili arwah tabah dengan segala ujian ini. konpem2 dah ada hikmah di sebalik suma nih, dan lebih beruntung jika mereka semua lebih dekat pada-Nya lepas ni, wallahu'alam...
========================================================================
stori murder itu --->
Fatimah Anis dipercayai maut gara-gara cemburu
29 Disember 2012
ALOR SETAR - Pembunuhan Nur Fatimah Anis Md Radzi dalam satu pergaduhan dipercayai berpunca daripada cemburu.
Seorang jiran Nur Fatimah yang enggan dikenali memberitahu, dia terdengar pertelingkahan antara seorang lelaki dan perempuan kira-kira jam 2 pagi semalam.
“Saya bangun, buka tingkap dan dengar suara orang bergaduh. Saya dengar suara seorang lelaki sedang memaki-hamun seorang perempuan. Saya juga dengar perempuan itu mengadu sakit dan meminta air,” katanya.
Katanya, pasangan itu kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki, yang turut menunggang motosikal.
Difahamkan kedua lelaki itu juga bergaduh di luar kawasan rumah tersebut sebelum Nur Fatimah dihentak dengan objek keras.

Menurut jiran itu, suami wanita itu membawa isterinya masuk ke dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi dengar bunyi bising.
Katanya, dia difahamkan pasangan ini selalu bergaduh, dipercayai akibat cemburu.
Menurut jiran itu lagi, dia menasihatkan lelaki tersebut supaya tidak bergaduh dengan isterinya jika sayangkan isterinya.
"Tidak sangka kira-kira pukul 6.30 pagi, perempuan itu ditemui sudah meninggal dunia,” katanya.
Nur Fatimah dikatakan tinggal bersama ibu bapa suaminya, tetapi ketika kejadian, mentuanya dipercayai berada di rumah seorang lagi anak mereka di Pahang.

No comments:
Post a Comment