Monday 7 December 2009

tersentuh...



sayu hati bila tengok ibu berpantang, tanpa anak disisi cos bayi yg dikandung, lebih disayangi dan dijemput Ilahi terlebih dahulu... tapi takpa, sebab masih ada ruang dan rezeki yang dijanjikan Allah untuk wanita-wanita itu...

hati aku lebih tersentuh, bila tengok seorang bayi comel yg masih merah terpaksa meneruskan hidup tanpa seorang wanita bergelar ibu di sisi dia. ya Allah, sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya. dugaan yg diberi, bukan bererti benci atau tidak adil, namun berjuta rahmat tersembunyi di sebaliknya... tiada ruang lagi untuk mendapat kembali ibu kandung untuk dirinya...


sayu sungguh, awai2 pg tadi, waktu aku buka fb, aku view la profile kawan aku mas kat high school, tertarik dgn pix sorg baby girl yg cute sangat, aku pun view la gambaq dia tu...


pastu ayaq mata teruih bertakung bila aku baca komen kat bawah pix tu:

"UTK TATAPAN SAHABAT2 SEKALIAN....INI LAH BABY ZARA ALISYA, PUTERI KESAYANGAN ARWAH AFIDA ARIEF @ FID.......(AIRMATA TAK HENTI JATUH BILA MENATAP WAJAH BABY COMEL NI)


ibu baby ni (Afida Arief) meninggal awal pagi jumaat lepas 4.12.2009,kul 1.10 pg akibat bleeding selps lahirkan baby gurl nya ( secara pembedahan ) pd pukul 6.45 ptg ( khamis ), saya, aisyah ,bob, azraie dan raihan sempat lawat jenazah di spital serdang sblum bertolak ke Kelantan untuk pengebumian. kita seme yg mengenalinya terasa KEHILANGAN nya... moga roh dicucuri rahmat + syurga teratas ganjarannya..amin"



*nilah Zara Alisya, si kecil yg diuji seawal kelahirannya, semoga dia menjadi anak solehah dan tabah menghadapi ujian Allah untuk insannya terpilih ni...




tersentak aku dgn realiti yg telah dijanjikan Penciptaku nih, membuat aku jadi lebih insaf dan menyedari, bila-bila masa Allah akan menjemput kita... semoga roh yang telah pergi ditempatkan di kalangan insan solehah, dan bagi aku yg masih di sini, semoga terus berada di jalan di benar... ampuni dan rahmatilah aku ya Allah... aminnn..

2 comments:

::: Diyana Arshad ::: said...

Al-Fatihah...
baby ni sangat comel....

sue said said...

kesian sangat.. kecik2 dah dapat ujian yg berat.. semoga dia jadi anak yg kuat, tabah n solehah..