Thursday, 18 December 2008

Proud To Be UiTM's Grad =)

UiTM Antara 3 Universiti Terbaik

SUBANG JAYA 17 Dis. - Pembaharuan yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2001 membolehkan ia muncul antara tiga universiti terbaik di Malaysia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah (gambar) berkata, pencapaian ini membolehkan siswazah UiTM mendapat tempat dalam pasaran kerja dengan setiap tahun, 75 peratus memperolehnya sebaik sahaja menamatkan pengajian.

''Kakitangan akademik juga mencapai pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dengan memenangi pelbagai pingat emas dan platinum dalam banyak pertandingan inovasi di seluruh dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri Sektor Awam 2008: Strategi UiTM Menyampaikan Perkhidmatan Terbaik pada Persidangan Peningkatan Daya Saing Negara: Peranan dan Inisiatif Sektor Awam di sini hari ini.

Tambahnya, ijazah-ijazah yang dikeluarkan oleh UiTM juga mendapat pengiktirafan 16 badan profesional luar negara termasuk dari United Kingdom, Kanada dan Australia.
Sementara itu di dalam negara, katanya, sebanyak 19 badan profesional tempatan mengiktiraf ijazah UiTM.


''Kecemerlangan fasa kedua yang ingin dicapai oleh UiTM bermula tahun ini ialah untuk menjadi universiti terkemuka negara, menjadi universiti penyelidikan pada 2010, menjadi 200 universiti terbaik dunia pada 2015 dan menjadi universiti terkemuka dunia pada 2020,'' katanya.

No comments: