Tuesday, 30 October 2007

1 ari di ari raya...


**me n my beloved hubby nih...


**famili aku suma ada temasuk ipaq duai.. kecuali sorg adik lelaki aku ja yg tadak..

**time ni kat kampung tok tiri aku. capit (adik aku yg tadika tu) yg amik gambaq nih.. not bad kan?
----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
alhamdulillah time raya ritu, aku dapat cuti n berpeluang sambut raya kat kampung dengan famili terchenta.. tiada kata2 yg bleh mgambarkan kegembiraan n keceriaan berhari raya di kampung. so aku sangat2 la pelik bila ada orang nih, yg asal dr kampung, tak suka balik kampung.. kononnya bosan n tadak life! abih tu org kat kampung suma zombi ka?! ermmm... musykil aku.. kesian tgk org tua depa beraya tanpa anak2.. dok arap la anak depa balik, tapi aramm.. sian depa.. mesti sedih..
aku bersyukur sgt sbb Allah kurniakan aku perasaan amik berat kat famili nih. kalu la ati aku kelam, malas nak balik kampung, lupa daratan, mesti mak bapak aku sedih kan... arap2 Allah kurniakan sifat nih kepada semua kaum keluarga aku. so that, kami dapat bersatu sentiasa :)
dalam famili aku, adik lelaki aku yg nbor 4 tu ja yg tak dapat balik. dia reja kat pusat serenti tampoi, johor. kesian dia tak dapat cuti. malam raya tu, bila kami kol dia, dia nangih teresak2 sampai takbleh nak bcakap.. kami suma kat kampung yg tgh hepi2 pun teruih jadi sebak n pilu.. maklumla nih 1st time raya tak cukup korum.. tambah sedih plak malam raya, time org dok takbir tu, dia reja.. sunyi sepi ja dia kata, dengaq bunyi katak ja... InsyaAllah raya haji nih baru dia dapat cuti. InsyaAllah kami nak buat korban. so aku arap aku dapat cuti n kami suma dapat berkumpui bersama2..
aku nih sebenaqnya suka lagi reja dekat dgn keluarga aku kat kampung nu. tapi tadak peluang lagi apa bleh buat.. aku arap sgt2, one day aku bleh balik reja kat sana. aku nak dekat dgn mak abah aku. senang nak jaga depa. nak arap kak aku, dah konpem lg jauh. abang aku plak, kena hendel famili dia gak. takdan la dia sorang nak hendel famili aku lagi.
mak n abah plak la nih slalu tak sihat ja manjang. risau gak aku. esp abah la. mcm2 sakit ada.. tapi bila aku balik ja teruih sihat tu. ada anak2 dia kata sakit suma ilang. kalu time kami tadak, makan pun tak lalu sampai kuruih kering. bila kami ana2 dia balik jenguk sat, makan pun berkali ganda n sihat tubuh badan.. nak aku pun gitu.. sepanjang bulan posa ritu, tak lalu makan nasik langsung. bila kami balik nak raya, bleh plak pulun makan! ermm gitula org tua2 nih.. macam2 ragam! tapi seronok gak layan ragam depa nih. walaupun penat, rasa kami anak2 nih dihargai sangat2.. tiap kali balik kampung, umah yg suram, tetiba ja jadi ceria n happening! kalu bab makan toksah cakap la, request jalah apa pun, suma dapat! 1st class!
aku jadi heran bila tgk kat tb kisah pasai mak bapak yg kena abai nih. awat anak2 depa sanggup wat gitu. kesian la.. aku rasa mak bapak bukannya nak sangat harta ka pa. depa cuma nak tumpuan n kasih sayang ja. bukannya suruh balik tiap minggu pun, sekali sekala pun takpa. aku sendiri pun bukannya selalu balik. tapi kalu tak balik tu, kol la 2 3 kali seminggu. cakap 23 minit pun dah cukup. susah sangat ka ha? sampai ada yg sangup antaq mak bapak depa pi umah org tua.. nauzubillah mintak simpang la benda nih jadi dalam famili aku.. kesian mak abah aku..
well, to all bloggers.. sayangilah mak bapak kita. terutama bila depa dah tua. masa depa tak lama dah. berkorban la sat.. esok2 kita pun gitu gak. akan tua gak.. so sindri pikirlah noo...






Thursday, 25 October 2007


ni lakaran imej baby aku yg la ni dh msuk usia 23 minggu.. Alhamdulillah so far, baby sihat n aku pun sihat gak... la ni dah bleh rasa baby start kicking n moving bila aku n hubby interact dgn dia. baby aku ni paling aktif bila hubby aku panggil dia. berdenyut2 perut aku dia dok kicking.. anak bapak btoi! hehe..


insyaAllah pertengahan bulan februari tahun depan, baby aku dah bleh tgk dunia nih. semoga Allah permudahkan kelahiran pertama aku ni, baby sulung n bakal jadi cucu sulung mak abah aku gak. Insya Allah ...


My dear frens... hampa doa2 la semoga baby aku sihat mcm baby2 org lain jugak no. aku tak kesah baby boy ka girl. yg penting selamat n aku n hubby bleh start jadi parent yg best!


nerves ooo... first experience beb....

**cilokfromfriendsterblog..

Monday, 1 October 2007

episod raya @ kampung...

raya kat kampung mmg meriah.. jauh beza dgn raya kat bandaq. sbb tu la aku naik semak bagai nak rak bila bos kata raya ni kena reja! last2 aku dapat gak cuti.. hehehe.. wpun sat saja, yg penting 1 syawal mesti mau ada kat kampung!
mcm yg aku kata sblm nih, time pling sayu tp paling best ialah mlm raya la.. mcm2 aktiviti nak wat mlm raya nih. besanya aku n abah suka kuaq jln2 mlm raya. tgk lampu n pelita, dia kata. kalu rajin, kami p bazar tgk gelagat org lelong barang. kalu menanrik tangkap gak la dua tiga jenih kuih raya wpun kat umah dah ada. saja syok beli sbb murah..

tapi kuaq mlm raya ni seksa.. jem ngalahkan kat KL nih ha. tak gerak2 kalu dah sangkut tu. besanya kalu mak aku folo, dialah org yg pling tensen. pot pet pot pet.. tp sapa suruh dia nak ikut. hehe.. aku n abah mmg suka merewang mlm2 raya nih cari nahas! hehe.. sembang pasai jalan2 mlm raya nih, aku tringat la satu kes.. ada satu mlm raya nih, dah agak lewat tp kami tak kuaq pi memana pun lg.. time tu aku skolah mnengah lagi la.. dek krana terbiasa rewang2 mlm raya, abah ajak gak kuaq. dia kata jom pi kot pegheleh (Perlis) tgk lampu.. hehe..

oleh krana dh lewat, aku mlas nak tukaq baju. time tu aku pkai kain batik n baby-T ja. baju dah buruk lak tu.. adik2 aku folo gak.. lepas pusing2 kat pekan yg dah sunyi sepi tu, tetiba ja time on da way blik, abah kata nk singah umah kwan dia.. punggah dah.. aku decide takmau trun dr keta..

smpai kat umah kwan dia, suasana meriah la wpun dah lewat sbb mlm raya la katakan.. kat kampung tu, kalu dh mlm raya silap2 ada yg tak tidoq, tu yg best tu.. aku pun tak trun dr keta. adik2 aku turun gak. tgh aku dok ralit dlm keta, bini kawan dia pangey aku turun. siap mai pujuk. hampeh btoi! last2 dgn berat ati n taknak hampakan harapan org tua yg dah buat ayaq kat aku, aku trun la jugak dgn kain batik lusuh n rambut kusut masai tu.. tobat malu! kjadian ni maybe aku sorg ja yg ingat sbb aku ja yg mnangggung malu mlm tu.. start dr tu, tak kira la kuaq p mana pun, aku konpem pakai proper sbb abah aku nih takbleh agak plan dia...

kisah waktu aku kecik2 plak, time skolah rendah la.. lpas ja smayang raya, aku suka folo geng aku kliling kmpung naik gerek p kutip duit raya. slalunya raya kedua baru aku balik kmpung blah abah aku. raya pertama slalunya kat umah aku jalah. tok n wan blah mak dok skali, so no hal lah..
bila blik kampung time raya kedua tu, slalunya aku pusing la suma umah adik bradik blah abah aku. aku pling suka pi umah tokngah sbb kuih kat umah dia slalu best2! hehe.. aku adik bradik mmg suka pederas kuih kat umah tok ngah aku tu. dia plak sporting, abih ja tambah. dah paham la sgt cucu menakan dia suka kuih dia.. dia ni jenih org tua yg moden, so moden la sgala2nya..

ermmm.. sbenaqnya byk cita time raya zaman aku budak2 skolah dulu. tp tak larat nak tulih la.. antara memori aku yg paling aku takbleh lupa, awai2 pagi raya, arwah tokwan slalu bwk aku pi kubuq sedara mara aku kat masjid kodiang tu. time tu dia suka la bcrita pasai moyang aku.. salah silah kluarga suma.. sbb tu la tiap2 kali raya aku tak penah lupa p kubuq tok wan.. dah lebih krang 7 thun tokwan mninggai, tp rasa mcm baru lg dia mningai.. rindu sgt aku kat dia.. tok plak baru meninggai bulan posa thun lpas. dok rasa mcm dia dok ada lg ja.. yg pling kritikal, bila rindu masakan depa la.. mak aku pun takbleh celen.. baru2 nih aku tringin sgt nk mkn buah melaka resepi tok n bubuq nasik resepi tokwan time bulan posa. pening kpala mak aku! dah plak la nih aku tgh pregnant, jenuh mak aku nak buat, tobat la tak sama rasa, tak karan lgsung!

well, tu la serba skit crita aku pasai raya kat kmpung.. tahun nih aku taktau la camna.. keadaan smakin berubah seiring dgn peredaran zaman. dulu aku anak org, la ni dah nak jadi mak org dah.. :D

apa2 pun aku arap kemeriahan n keceriaan time raya takkan pudar wpun usia aku n adik bradik yg lain dah makin mningkat n masing2 dah ada komitmen sendri.. thun ni pun ada adik aku yg tak blik raya. kena keja.. sedih gak la, tak ckup korumm. tp nak wat gena.. maybe pasni aku pun tpaksa raya jauh dr kmpung gak.. walau camna pun, 1 syawal ttp ada, tak kira la kita katna.. semoga aidilfitri akan terus menjadi detik paling indah dalam hidup aku :D