diikat disimpul tanpa tetali
mahu dicanang jua dilantangi
tersekat terjerit menyesak dalam diri
onak menggigit menyisih dari realiti
nanah mendidih mencengkam isi
darah hijau memakan diriditanggung walau didera berkali
pejam mata hati naluri
pejam kaki tangan juga diridiikat lagi disimpul lagi
tiada tetali kuat sekali
direnggut pematuk diri
disentap perenggut mati
esak menari dalam diri
sendu berlagu dalam hati
noktah didamba penyekat iri
tiada terjangkau pangkalnya
ada di mana?
bila kelam ini akan diakhiri?
bila sesak ini dilancari?
bila bingit ini pergi dari sini?
satu pendamping penguat diri
seri diberi kuasa Ilahi
dilontar diri mencari-cari
ada di sini tanpa sedari...