Monday, 20 May 2013

backpacking time!

salam...

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak dapat bercuti, asyik bekeja saja kekdahnya sebab PRU tu la, akhirnya start esok saya akan bercuti selama 8 days yoo!! wah, begitu banyak sekali okeh! tu pun tak amik kira annual leave tu, tu baru ganti off day yg sebelum nih takdan nak amik sebab tiap2 hari bekeja.

maka tibalah masanya utk BACKPACKING !!! inshaAllah, kami sekeluarga (aku, hasben, kiki and mia) akan betolak ke penang pada lusa yakni 22hb. lpas tu kami akan fly ke KL, then pi negri Sembilan, pastu balik KL balik pastu balik ke penang dan balik Kedah, inshaAllah. dah lama tak travel, harap2 Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yg baik utk kami sekeluarga sepanjang trip tu nanti.

pengisian di setiap negeri tu nanti akan ditentukan kemudian mengikut keadaan dan bajet. jalan jalan jugak, bajet nak kena atuq jugak, kalu dak, mau makan angina kuaq asap nanti sementara nak tunggu next gaji... heheheee...

last but certainly not least, sekian saja catatan saya buat kali nih. inshaAllah nanti aku upload ler gambar cuti2 tu nanti. okbai =D

Sunday, 12 May 2013

* aku dan tokjan *

Salam...

susah nak cakap... la nih jiwa dan perasaan aku dan ribuan rakyat Kedah agak bergelora. sebab apa? sebab pemimpin yg kami sanjung diuji Allah dengan dugaan yg cukup berat, right after election pulak tu.

Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak a.k.a TokJan, adalah seorang menteri besaq yg sangat aku sanjung. buat reja memang baguih, nak explain panjang2 pun tak guna, pendek kata terbaik la di antara MB-MB yg penah pimpin Kedah nih.

buat reja dgn dia mmg best. wpun dia cengei, tp hati baik. maghah pun tak simpan lama, lpas tu bleh gelak and mesra balik. bagi aku, dia macam bapak2 yg suka beletiaq kat anak2. tiap kali dia beletiaq kat kami, kami senyum saja... sebab lpas tu dia akan normal balik and layan kita macam biasa. yg paling dia pantang, dok ngata blakang dia, tp tak berani bedepan dgn dia.

dan dia jugak sgt peka dgn org sekeliling dia, kalu first timer - hampa toksah pulun nak pekenai diri sbb dia akan teguq hampa dulu. isshhh syahdu aih kalu sembang pasai dia... ingat lagi kali terakhir aku jupa dia sebelum PRU-13, aku bagitau dia nak amik gambaq, simpan buat kenang-kenangan... pastu sudahnya satu geng kami suma amik gambaq ngan dia. dan lagi dia dok berseloroh ngan aku time tu macam dia sihat saja, padahai aku rasa dia dah seksa tahan sakit kaki dia tu...

dia kata maksud nama aku (dia pangey aku 'Su') = Ayaq. bahasa apa aku tak ingat dah. hari tu aku agak mandom sbb tak brapa sihat. dia renung aku pastu Tanya aku, OK ka? aku kata OK sambey senyum kelat. pastu dia wat lawak la ngan aku, dan dan rasa segaq. adeiii sedih aih...

cukuplah takat nih. sekian dari aku - AKU SAYANG TOKJAN SANGAT2 ='(


Aku n TokJan

Thursday, 2 May 2013

lalalaa....

salammmm!!!

dah 2 mei yooo, tak brapa ari lg nak PRU then bleh coti!!! yieehaaa!!
penat betoi la keja line nih, kalau jadik calon, menang, best la jugak, ble kaya. nih dok seropa tu jugak. buhsan!!

aku nih sebenaqnya yg kerisauan pulak lpas pru nih, bos dah tanya "awak dah brp lama kat state nih?" wahhh wahh wah... seropa ada petanda mahu menarikku ke HQ saja.. wuaaargghhh aku tok sei la weh! tak sanggup nak bela anak2 sensorang kat bandaq besaq nun! disaster laaaaa!!!

arap2 bos besaq mengasihani diriku dan memberiku peluang bbrp tahun lagi di sini.. plzzz laa... ya Allah, kabulkanlah permintaan aku yg sgt penting nih. aaaaaaaammmmmmiiiiiinnnn!!! berkatilah doaku, takmau pindah!!!!

sekian.

Sunday, 28 April 2013

Kubang Pasu: Kawasan Hitam Jadi Lubuk Pendidikan

Oleh Kamarul Ariffin Md Yasin dan Shuhaida Mohd Said


JITRA (Bernama) -- Pembangunan pesat, yang dinikmati penduduk kawasan Parlimen Kubang Pasu dilihat sebagai usaha tanpa mengenal jemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak beliau menjadi anggota parlimen kawasan itu selama tujuh penggal sejak 1974.

Daerah Kubang Pasu mempunyai dua kawasan parlimen iaitu Parlimen Kubang Pasu iaitu kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Parlimen Jerlun.

Berkunjung ke kawasan Parlimen Kubang Pasu, pembangunan cukup jelas dengan banyak bandar wujud seperti Jitra dan Changlun, selain menjadi pintu masuk ke selatan Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam.
Apa yang lebih ketara lagi ialah banyaknya institusi pengajian tinggi di Parlimen Kubang Pasu yang turut sampai sehingga ke Parlimen Jerlun.

Bagaimanapun ramai terutama golongan muda tidak menyedari bahawa kawasan Parlimen itu terutama di kawasan Sintok suatu ketika dahulu amat ditakuti untuk dikunjungi kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand dan sebahagian daripada daerah itu adalah "kawasan hitam" berikutan ancaman komunis.

Ketua Biro Kaji Selidik Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Mohd Kasri Saidon berkata Sintok diisytiharkan sebagai kawasan paling hitam ketika zaman darurat dan dibuka semula pada 1960.

Kini semua itu menjadi sejarah dan menerusi usaha dan perancangan teliti kerajaan BN, Sintok menjadi lokasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan banyak lagi institusi pengajian.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata setelah hampir tiga dekad UUM ditubuhkan, ia terus berkembang pesat sejajar dengan arus pembangunan negara dan turut memberi kesan pembangunan ke kawasan lain di daerah Kubang Pasu.

"Kini UUM mempunyai bilangan mahasiswa mencecah 33,000 orang di pelbagai peringkat pengajian, staf akademik seramai 1,200 orang dan staf pentadbiran 1,600 orang. Dari segi program akademik, UUM kini menawarkan 37 program di peringkat Sarjana Muda dan 68 program di peringkat pasca sarjana," katanya.

Selepas UUM bertapak, saban tahun semakin banyak institusi pendidikan diwujudkan di daerah Kubang Pasu terutama di Parlimen Kubang Pasu sehingga komuniti pelajar di kawasan itu menjadi antara kelompok dominan.

Antaranya adalah Kolej Matrikulasi Kedah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman (IPGMKD), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Daerah ini juga memiliki Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu dan Sekolah Sultan Abdul Halim.

Empat Pusat Latihan dan Kemahiran juga terletak di daerah Kubang Pasu iaitu Institut Latihan Perindustrian Jitra, Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Pusat Giat Mara Jitra dan Pusat Giat Mara Jerlun.

Dengan adanya wakil rakyat seperti Dr Mahathir, yang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sejak 1981 hingga 2003, daerah Kubang Pasu terutama Parlimen Kubang Pasu membangun dengan cukup pesat sehingga ramai orang luar kagum dengan transformasi dari kawasan komunis menjadi lubuk pendidikan.

Walaupun, Dr Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia dan bukan lagi anggota Parlimen Kubang Pasu tetapi pembangunan masih diteruskan oleh wakil parlimen itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini menentang calon PAS Mohd Jamal Nasir.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra ia menyaksikan pertembungan antara calon PAS Dr Rohani Abdul Muttalib dengan calon BN Aminuddin Omar manakala satu lagi kerusi DUN iaitu Bukit Kayu Hitam, penyandang Datuk Ahmad Zaini Japar dari BN menentang Nasrul Omar Che Mansor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parlimen Kubang Pasu mempunyai 65,550 pengundi.
-- BERNAMA

13

Salam...

sempena PRU ke-13 ini maka sudah 13 hari aku bekerja non-stop. wah hebatnyerrrr!!! penat la.. nak cuti dengan penuh perasaan la lepas election ni. silalah jgn buat hal wahai semua orang2 selepas pru ini. terimalah segala keputusan dgn hati terbuka. lagi 5 tahun ada lagi lorrrr itu pru!!!!

sekian, wassalam....

Monday, 15 April 2013

PRU13 - GE13

Salam...

Pilihan Raya Umum (PRU) dan General Election (GE) adalah dua perkara yang sama.

Sekian sahaja kerana saya rasa nak muntah dah cakap pasai mengundi nih. buhsan!!!

Wednesday, 20 February 2013

BACKPACKING !

Assalamualaikum !!!

maka alkisahnya teringatlah daku akan salah satu perkara yg ingin sangat2 aku lakukan iaitu : BACKPACKING ! it is a form of low cost trip or jalan2 la. jalan2 dengan bajet yg minimum best apa, lebih challenging dan yg penting kita sampai ke tempat yg dituju... tapi bilalah agaknya yang dapat peluang iteww? huhuu...

inshaAllah nanti bila dah lapang2 skit, aku nk ajak incik hasben backpacking pusing2 dalam negara la dulu. incik hasben saya ini 'fragile' skit, tatau la beliau bleh tahan lasak ke idak.. hihi...

inshaAllah!!! yakin! yakin! yakin! one day akan dapat peluang ni dan didoakan semoga aku sampai ke europe sbb dr dlm perut mak aku dok berangan nak jalan2 kat sana.. hehehee... statement keji kan! haha.. okeslah, nak balik umah dah, tata!!!

Sunday, 10 February 2013

dentist ooo dentist !!!

sangat takut jumpa dentist ok!!! huhu...

Assalamualaikum...

perkara di atas adalah dirujuk. aku mmg dr kecik mmg penakut abih ngan dentist. kalau zaman sekolah tu, nampak van klinik kesihatan mai aku mmg tak senang duduk. dengaq kata nak kena check gigi, aku teruih p bilik ayaq, tenyeh sakan la gigi ni nak bg clear.

alkisahnya... setelah usiaku menginjak 30 tahun, maka menghadapilah akan diri ini masalah sakit gigi sbb gigi bongsu tumbuh. dia tumbuh cam herot pun ada, cucuk baikkkk aku punya pipi sampai sakit tatau nak habaq arrr... aku dok hold lama jugak la, last2 tak tahan malam nih jugak aku pi jumpa dentist. rasa takut tu aku lempaq jauh.

ayat pertama dentist itu - "ya Allah, awat biaq sampai jadi macam ni? abih luka-luka dalam ni, tu yang sakit tu. penuh darah nih..." dalam ati tepikiaq, "ooo patut la aku selalu ludah kuaq darah, ingat hangat dalam badan..." huhuuu...

dan dentist tu kata, kena cabut - aku dengan toyanya bertanya "sakit dak doktor?"... doktor tu buleh gelak kat aku dan berkata " kalau budak kecik, boleh la bohong kata sakit, nih orang tua, saya nak habaq macam mana pun tatau..."

dan aku berkata pula "saya tak penah cabut gigit, tu tatau.." dan dentist itu menjawab "memang sakit laa.. tp inshaAllah boleh, kalau tak buang lagi teruk pulak, nak makan pun susah".

dan aku pun kata "ok, cabut jalah".. Bismillah, then proses pun bermula. aku teringat la selawat burdah yg boleh jadik penawaq tu, tp tak hapai sampai abih la pulak. aku pulun baca jalah takat aku tau. baca tak sangga la dalam hati nih...

titt..titt..tiit... masa berlalu, tadaaaaa!!! dah siap. uiks tak sakit la pulak (sbb ubat kebaih boh banyak kot..). takat la nih, selepas sejam setengah belalu, tak la rasa apa lagi. harap2 ok la sampai ke sudah...

jadi begitulah kisahnya... alhamdulillah sebab Allah permudah urusan aku malam nih. aku tau nih suma reja Allah nih, kalau dak mau melompat lama dah. Allah sayang aku, Dia bagi tak sakit, syukur Alhamdulillah.. sekian, wassalam =)

RUJUKAN: klinik gigi Dr Mohd Fadzilah, jalan pantai halban, bandaq darul aman.
time aku pi kena doktor pempuan, alhamdulillah.
caj: RM90 sahaja... murah berbanding klinik lain aku rasa...

Friday, 18 January 2013

listen, listen, depa kta KJ hensem !

dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

izinkan saya gelak sebentaq... HAHAHAHA... lawak la kawan2 aku nih. tadi pi pc KJ, pastu abih pc kami lepak and makan2 togede tepi sungai. salah sorang member aku tunjuk sms drpd sorg lagi kawan soh kirim salam kat KJ. pastu ada sorg lagi kawan kata KJ tu hensem, ada aura dan karisma, telah memikat hati dan jantung mereka...

pastu pakat blurr nak wat lead... ha tu la time pc dok pi perembang muka org tu, kata2 org tu tatau masuk kot mana, dok tepesona dgn kehenseman mamat itu (hensem ka? huhuuu)... tapi betoi la, KJ ni memang ada daya penarik. bak kata kawan aku body lawa, tinggi, mata menggoda... huhuu.. paling best depa kata tengok kat tb hitam, tp tgk live tak la hitam mana, tapi menawan...

huhu.. macam2 kesah la kawan2 aku nih. nasib baik la pokcik tu menikah dah, kalu dak tak pasai2 kena pinang ngan kawan2 aku.. hahaa....

oklah, sekian saja utk hari ini. marilah sambung khidmat untuk negara. saya yg menurut perintah =D

Friday, 11 January 2013

kenapa saya malas?

final report saya belum siap, due berbaki 2 minggu saja lagi...
tapi saya malas nak buat. tiap2 ari niat nak kasi setel cepat, tp tak jalan2 jugak...
tapi boleh pulak saya meronda sana sini tanpa bertangguh..
keja sekolah saya menangguh..
kemon lah che da! sila jgn malas. ini keja sekolah terakhir awat sblm dpt 'segulung kertas' yg mahai nilainya!!!

caiyok caiyok!!! inshaAllah berjaya with flying colors =D