Tuesday, 13 December 2011

Empat dilantik anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah

By: Shuhaida Mohd Said
Tuanku dilantik YDPA kali ke-2 (1970 & 2011)
ALOR SETAR, 12 Dis (Bernama) -- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah hari ini melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan baginda ke Istana Negara esok.

Anggota jemaah yang dilantik terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

Istiadat pemasyhuran Jemaah Pemangku Sultan berkenaan diadakan di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.

Sultan Abdul Halim akan berangkat ke Istana Negara esok bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun. – Bernama

Tuesday, 6 December 2011

long to dos list...

salam...
still at the office, thinking of which task should i start first? gosh.. lotsa things need to be done within this 2 week and i'm already blurrrrr.... grrr!!!

dengan homework lagi, stuff for installation of agong, sort of bla..blaa...bla... how am i going to settle all this hectic and caca marba thing? aaarrrggghhh!!! tensen la pulak!
ok babai!

Wednesday, 23 November 2011

+ suku terakhir 2011 +

salam...
dah lama tak posting. saja... takdak ilham. hihi...
well, pejam celik, pejam celik, dah masuk suku terakhir 2011, less than 2 months lagi akan jengah 2012. cepat btul masa berlalu. tatkala, kalendar baru dibuka, usia pun makin meningkat. anak2 pun dah makin besor =)

pada ketika ini, aku cuma harap Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan dalam diri aku nih agar terus bersemangat menjalani kehidupan yang penuh cobaan ini. chewah!! taktau la kan apa yang akan kita going through dalam 2012 ni. tah sempat ka tak habihkan 2012 ni pun tatau lagi. ajal maut suma dah ditentukan, cuma kita tatau bila, so be well prepared.

maka dengan ini, aku mengingatkan diri sendri agar terus meningkatkan ibadah di samping terus memajukan diri supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang =D

tu saja kot nukilan utk malam ni. sebenaqnya tengah bosan nih. incik hasben tengah layan bola, kiki layan movie while cik mia overnite kat umah nanny dia cos esok aku kena kuaq awai. muhyiddin yassin mai la pulak esok.. alahaiiii, bosan! huhu... oklah, good night and have a pleasant life ahead =D

sekadar hiasan - my latest pix taken at masjid negara =)

Tuesday, 6 September 2011

~ mati itu pasti ~

salam...
dah lama tak ngepost =)
nak kata busy tu, takla sangat pun... this year dpt cuti raya sampai raya ke2. nantilah i upload gambar raya. hari nih terdetik utk post sbb terkenang arwah rakan seperjuangan abang Noramfaizul Mohd Nor (1971-2011).

walaupun hampir seminggu pemergian arwah, banyak lagi kemusykilan dan keraguan yang belum terungkai. tuding-menuding semakin menjadi-jadi. apa susah sangat ka nak lafazkan "MOHON MAAF"? jatuhkah darjat seseorang sekiranya beliau memohon maaf? hina sangatkah sekiranya seseorang itu merendah diri dan memohon maaf?

hati makin meruntun sayu dan sebak bila kematian Allahyarham seolah dipersenda pihak yang kononnya mulia itu. paling tidak boleh diterima segenap warga media, apabila 'pihak itu' seolah menyalahkan arwah sendiri sbb pemergiannya atas dasar sukarela. agaknya orang itu dah gila atau hilang kewarasan semata-mata nak 'selamatkan' diri sendiri. tuding sana sini, mohon maaf jauh sekali..

ntahla apa nak jadi. gugurnya rakan seperjuangan kami bukan perkara remeh, mereka seharusnya bertanggungjawab! memang sudah ajalnya, MATI ITU PASTI! namun cara kematiannya sukar diterima...masih terbayang gelak tawa dan kemesraan arwah melayan dan menasihati 'adik-adik' di BERNAMA.

senang membahasakan dirinya 'ABANG', sentiasa menuturkan butir nasihat dan kata-kata semangat utk adik-adiknya. barangkali Allah terlalu sayangkan arwah, sebab itulah dijemputNya dengan cara ini. kematiannya disanjung seluruh dunia, jasanya dikenang. WIRA sebenar sentiasa berada 'DI BELAKANG LENSA'.

Semoga arwah tergolong dalam org mukmin dan jannah buatnya.. aminnn..

Monday, 11 July 2011

- 2 -

dua watak seri sepi hati
dua watak serlah warna langit
dua watak tutur petah peri
dua watak tepis duka berdaki 
dua watak indah taman negeri
dua watak pacak sendi diri
dua watak undang ghairah diri
dua watak pecah buntu akal
dua watak jumlah tidak dibilang
dua watak tidak terbilang nilai
dua watak maha mahal tinggi
dua watak dua kurnia agung Ilahi... Alhamdulillah....

- sisip buat anakanda berdua moga soleh dan solehah, amin -

Rizqi & Maryam
 

Monday, 4 July 2011

Serangan Jantung Pembunuh Senyap Penghidap Darah Tinggi, Diabetes

By: Shuhaida Mohd Said

ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Penghidap darah tinggi dan diabetes atau kencing manis berisiko tinggi diserang penyakit kardiovaskular yang juga lebih dikenali sebagai serangan jantung.

Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC) Dr Abdul Rahim Tahir berkata ia merupakan 'pembunuh dalam senyap' yang menyerang pesakit diabetes dan darah tinggi selain punca utama lain penyakit jantung iaitu merokok.

"Selain perokok, kira-kira 30 peratus pesakit diabetes dan darah tinggi mengalami serangan jantung dan ia sangat merbahaya kerana dianggap sebagai pembunuh senyap.

"Kencing manis dan darah tinggi adalah antara punca utama penyempitan saluran darah yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau jantung," katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai penyakit kardiovaskular di KMC di sini.

Beliau berkata antara gejala serangan sakit jantung ialah sakit dada, sukar bernafas, berdebar-debar serta bengkak kaki.

Dr Abdul Rahim berkata ujian saringan sangat penting bagi mengenalpasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadangkala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala.

"Tiada simptom tidak bermakna tiada penyakit, jadi dinasihatkan penghidap diabetes dan darah tinggi menjalankan screening (saringan).

"Walaupun ia memerlukan kos tapi lebih baik mencegah daripada merawat, kerana seperti mana yang kita semua tahu rawatan penyakit kardiovaskular sangat mahal dan apabila dikesan mengidapinya, pesakit perlu menjalani rawatan segera," katanya.

Beliau berkata antara jenis saringan yang disyorkan ialah electrocardiogram (ECG) dan imbasan (scan) jantung bagi mengesan keadaan dinding organ berkenaan sama ada ia bocor atau tipis.

Dr Abdul Rahim berkata perokok perlu menghentikan segera tabiat itu kerana nikotin dalam rokok boleh menyebabkan bekalan oksigen ke jantung kurang, tekanan dan kepekatan darah naik serta merosakkan sel yang melindungi saluran darah.

"Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok malah orang di sekelilingnya juga. Kajian membuktikan 24 jam selepas tidak merokok, karbon monoksida terhapus dalam badan dan paru-paru mula menyingkirkan sisa-sisa rokok yang lain," katanya.

Beliau berkata menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 4 juta perokok mati akibat sakit jantung atau seorang daripada 10 lelaki dewasa setiap tahun dan pada 2030, WHO meramalkan jumlah berkenaan akan meningkat kepada seorang bagi setiap enam orang lelaki.

-- BERNAMA

Tuesday, 21 June 2011

Salam...

dah agak lama tak posting, bukannya busy sangat sbb school tgh cuti sampai bulan september, pas raya tuuu..
tapi saja la tadak masa nak bukak blog nih sbb dok busy dgn anak2 n famili pulak. emmm camtulah kalu dah ada banyak jawatan sukarela nih. jawatan hakiki hat makan gaji satu tu ja...

dah lama tak posting nih, mula la nak beku ujung jari, tatau nak gebang apa. nak cita apa pun tatau la.. pasai idup seharian, alhamdulillah suma ok. anak2 pun suma sihat, anggota keluarga lain pun ok, syukur...

bab keja lak, suma ok ja. in fact aku baru ja cuti seminggu (but still busy buat keja2 surirumah, cuti seminggu tak terasa...). balik kampung pun 2 hari satu malam ja. sempat gak jenguk kampung sbelah hubby and ziarah anggota keluarga baru.. baby muhammad aqeel syukri.

lain2 cita, lain time la aku posting. just wanna end up my post this time by attaching my lovely dotta pix yg diambil pas solat isyak tadi. really sweet. hope that maryam n rizqi will be anak solehah n soleh.. inshaAllah =)


Tuesday, 31 May 2011

malam ini

salam,
tonight i'm alone with the kids. babah depa outstation kat johor for few days, so tinggallah kami. however, we used to it, dah selalu my hubby outstation due to their computer program. he's the programmer, thus he need to travel a lot to assist their clients and giving training for those clients. perlis, penang, kl, selangor, johor, kelantan... merata la dia kena travel. but its ok, dah camtu karier nya, what to do kan..

well actually, mia is already asleep, while kiki still watching Barnyard in the bedroom. i'm at the kitchen waiting for my 'assistant' finish washing the clothes. hehe... quite hot tonite, aircond pun cam tak rasa wpun dah set paling sejuk dah. global warming, sangat serius!

ermmm.. well... i dont know what else to say tonight. got no 'hot' idea. mungkin sbb dah ngantuk but have to stay awake sbb nak cuci baju and tidy up the messes in this house. cam banyak keja but still have to to write in this blog =D

well guys, i think thats it. enjoy ur day, good nite and have a sweet dream uols! SELAMAT MALAM =)

Wednesday, 25 May 2011

is going to Malacca n Negri again...

salam..
i'm going to malacca and negri again tomorow - sending my lil sister for her second semester at Uitm. My parents will also be coming with us. as usual will be staying at my sis house. maybe this is our last stay at her house in kemuning cos she's going to move soon (she bought a really big double storey house @ seremban.. got lots of money, not like me.. huhuuuu).

inshaAllah we'll depart at early morning cos we'll only stay there for three days cos ill be seating my final paper on sunday. gosh, still need to study all the stuffs. got no time la.. huhuuuu..

dont have much to talk about as i'm quite bz actually, just trying to post something so that this blog will not in 'sleep mode'. hehe.. Thus, enough for now.. see ya!

Friday, 20 May 2011

MMZ is officially 1-yr-old =)

salam...
i've not post for quite some time due to my 'busyness' with all those bla-blu-ble-bluwek stuffs... huhuuuu
was crazily busy and i only manage to layan my FB account since i have too! coz all the infos (regarding my job la..) were in there!

well, my lill dotta - Maryam Mia Zahra Harith is now officially 1-yr-old. she was born on May 18, 2010 @ hospital sultanah bahiyah, a.setar. we did a very simple kenduri to celebrate her 1st bithday @ our residence at tengku maheran. few menus and only close friends and family were invited. the party was planned a day before it took place, thus we dont have enough time to prepare for big party. but alhamdulillah, it was a great party and everybody had enjoyed those very delicious menus prepared by caterer + special dish (pulut and rendang) prepared by my mom n mom-in-law.

me n hubby were quite busy with our carier and responsibilities, so thats why we do not have proper date for the party. (the party was held on May, 17) when my boss inform me that i can have off day on may 17 (i was informed on may 16, morning..), i called my hubby and we've decide, yeah why not we just held the party on that day. so everything was done in a very cat n dog style.. hahaaa...

so here some of the piccas taken on that day, and i thanks all the family n friends who came to share our joys n happiness in conjunction with our beloved dotta 1st birthday =)

pulut kuning cake specially designed by myself =)

MMZ was ready for her party!

MMZ's friends


ZZzzzz... what a hectic day =)

MMZ was so exciting to cut the pulut =D