Sunday, 13 July 2014

I Am Back !!!

Salam.....

dah lama gila tak post apa2. sebuk? biasa2 aja.. saja kot sbb dok kalut kot fb saja... heheheee
takdak apa nak cerita nih. kebetulan rini balik lambat skit sbb ada function buka posa nak pi satgi. sementara dok tunggu tu teringat nak tgk blog yg dah bersarang nih.

punyalah lama tak post - my little Third pun dh masuk 9 bulan dah! hahaa... alhamdulillah, jemari masih ada semangat nak menaip walaupun takdak cerita nak di share... hihiiiii

oklah kot utk 'perangat lauk'.. kot ada masa aku post lagi. tata dan assalamualaikum! =)

Tuesday, 12 November 2013

my little Third =)

Salam....

Alhamdulillah on Oct 9 yg lepas aku selamat melahirkan Rayhan Ilman Harith dgn kehendak Allah yg maha berkuasa atas segalanya =)

My little Third, dilahirkan secara normal dlm tempoh kurang 4 jam di HSB selepas dimasukkan ke labor room. labor pain agak kurang, alhamdulillah, berkat doa yg dimakbulkan Allah.

baby boy weight 3.4kg ini pada awalnya dimasukkan ke neonatal intensive care unit sbb congested (sangkut tali pusat waktu kt dalam perut). nothing serious, he was having 'purple face' or istilah medicalnya 'congested face' sbb belitan kat leher. the doc monitored him for about a day then he was discharged, alhamdulillah.

bondanya, alhamdulillah ok. pantang sendirian berhad since malas nak nyusahkan tok ma yg sibuk jaga uncle n aunty yg sakit and 'warded' kat umah. sorg patah kaki, sorg dpt kidney stone. so, we decided to stay at ours jer since aku tak luka banyak and cepat sihat asalkan jaga pantang =)

here some of my handsome guy piccas =)

Day 1

Day 29
mereka =)



Saturday, 28 September 2013

aku yg sedih melampau ='(



Penulis (depan, dua kanan) bersama rakan media bergambar bersama Ustaz Azizan selepas mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU13 (3 April). Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, “Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua”. - (aku yg tesengih riang sebelah arwah.)
 
TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, “Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, “Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, “Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu.

Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik.

Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU.

Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian.  Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat.

Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan: “Nak tengok apa Linda; dah tak ada”, sayu tutur katanya.

Sehari sebelum sakit

Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit.

Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi.

Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara.

Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi.

Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi.

Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang.

Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan.

Saya bertanya: “Kenapa tak datang mengundi?”.

Ustaz Azizan lantas berkata: “Kurang sihat, demam; kaki pula sakit.”

Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang.

Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit.

Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan.

Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham.

Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan.

Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja.

Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur.

Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta.

Kali pertama

Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa.

Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita.

Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya, “Mana satu Linda?”.

Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata: “Ya, saya”.

Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan.

Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara: “Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi”.

Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik, dan arwah mula beri kerjasama.

Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu.

Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya.

Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon.

Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan.

Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks.

Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media.

Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit.

Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan.

Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini.

Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham.

Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja.

Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut.

Kaya dengan perumpamaan unik


Paling saya suka sikap Ustaz Azizan yang gemar berjenaka, berseloroh tak kira masa.

Sidang media Allahyarham dinanti-nanti saya dan rakan-rakan media lain. Bukan apa, nak tahu apa pula perumpamaan dicipta pada hari itu.

Sampai ke hari ini, masih terngiang-ngiang riaknya yang bersahaja.

Pernah bila ditanya isu tanah, Allahyarham menjawab: “Nak potong tanah bukan macam potong tepung talam. Ukur-ukur potong. Nak kena sukat, ambil masa”.

Jika bertanya pula isu calon PRU13, jawabnya: “Macam nak tangkap ikan la. Ada masa kita guna jala, pukat, bubu, pancing. Banyak cara.”

Paling tidak dapat saya lupa, perumpamaan ‘Ibarat beruk atas pokok cermai’, yang mengundang ketawa semua yang hadir.

Ustaz Azizan, secara berseloroh, menggambarkan situasi itu kepada Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, yang sering mendesaknya menjelaskan isu-isu semasa.

Balas Ustaz Azizan spontan: “Kamu tahu pepatah Melayu ada kata ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’. Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dia usik kita, kita pun tengok. Jika kita sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis.”

Itulah antara kenangan yang begitu sentimental buat saya. Pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirindui.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin…

Nukilan,
Roslinda Hashim
(Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara)

Wednesday, 25 September 2013

teduhan saya =)

Alhamdulillah,
akhirnya segala proses utk memiliki 'teduhan' hak milik sendiri telah berjaya selesai dgn segala kehendak dan keizinan-Nya. so la nih hanya tunggu masa utk amik kunci and moving in. hihiii... tak sabor ler pulok. astagfirullah =P

bagitau 'orang2 tua', ini antara komen mereka:

- awat la beli umah mahai sangat? kecik kenit ja pun? buat la kat tanah abah tu, blaaa... bla... bla...
- awat tak tanya abah dulu? beli umah ceruk ja pun... bla...blaa...
- tunggu 2-3 thun lagi la, amik ja salah sebuah umah yg kami nak develop tu.... bla..blaa..
- jgn beli besaq sangat, tunggu sat projek kami siap..  blaa. . bla...

adoyai, macam2 kannnn!!! hihiii... biasalah, zaman dulu tak macam zaman la nih. keadaan mendesak, tak boleh nak tunggu2 lagi. satgi lagi mahai kot tak mampu langsung. lagipun tanah yg ada, tak basi, isok2 ada rezeki lebih, kita wat la sendiri pulak. umah hok le nih, investment! hahahaaaa...

tp memang betoi la, kecik kenit ja umah yang kami beli nih. tp bagi aku, cukuplah utk kami anak beranak. besaq sangat satgi tak larat sapu lak, dah la karier aku sangat 'menyibukkan'. =P

our new home, inshaAllah =)
yaaaa... inilah dia bakal umah kami tu, inshaAllah... la nih dok tunggu CF saja. buleh la no tera nih. tepi n blakang ada tanah lebih lagi, buleh la habuan nak tambah bilikq ayaq ka dapoq ka kot ada rezeki lebih... hihiii....

la nih, reja aku dok berangan, berangan dan berangan sajalah. tak senonoh betoi la. orang beli banglo 8 tingkat pun tak kuat berangan cam aku... muahahaaa...

oklah utk setakat ini, semoga segala urusan kami dipermudahkan dan thank you ALLAH =)

Monday, 19 August 2013

Lai ! Lai ! Gambaq Layer =D

Assalamualaikum!
Selamat hari raya, nilah dia gambaq2 raya kami. sekian =)

budak2 tak cukup zat!

bunga api tidak dibenarkan!

daun pun jadi la... sian lak =P

happy family =)

pasangan kekasih terhebat =P

suma ada, Alhamdulillah !

dua insan paling dicintai...

mereka dan the cucus

cuba memachokan diri...

adik2 dok mintak ampun =D

no komen!

acu & iyad

=)

Monday, 12 August 2013

Raya 2013

Alhamdulillah... subhanallah!

Raya dah masuk hari ke-5. aku dah naik keja since raya ke-3. Alhamdulillah tahun nih posa penuh okeh! hihiii...

raya tahun ni takla rasa kelam kabut sangat sbb aku dpt cuti on first hari raya. kalu dak, mana nak semayang raya, beraya ngan mak abah, nak kena kalut reja pulak. cemuih! nih walaupun dpt 2 ari saja, tp oklah, dan la jenjalan dgn penuh semangat kesukanan dlm 2 ari tu.. hihii...

ishhh lapaq ketupat ngan gulai dagin mak aku pulak rini. ritu aram tak teringin nak makan. sajala time banyak gedik tamau makan. time takdak nih, mula la tehegeh2 nak makan. takbleh jadi, kena request soh mak wat skit la esok lusa ni. hihii

oklah sekalian alam, selamat hari raya, mahap zahiaq dan batin =D

ngan in-laws kt kampong depa di padang perahu.
*gambaq lain, next posting =)

Monday, 29 July 2013

... dok tunggu 'supervisa' budak2 intern !

Salam uols....

di petang yg syahdu dan mandom nih aku dok toya sbb dok tungu supervisor budak2 intern nih. kata nak mai pukui 2, tp dh dkat setengah jam tak mai lagi nih. aku dah la ngantuk (walaupun baru bangkit tidoq. td tibia baaaik punya menongkoi kat sofa tu.. huhuuu).

lewat ptg ni aku ada apoimen yg tokey restoren bunga naga pulak. saja la nak ejas kot buleh makan pree... huhuuuu kemaghuk aih stetmen itew... aku sebenaqnya dok tgh cari bahan utk stockpile raya nih. nak kena submit 2hb, aram tak siap apa lagi punnnn!!! nak ngetuk tu sat saja, nak cari benda tu sukarullazi skit lor...

sempena raya tahun nih, gua dapat cooootiii!! yahoo!!! yala, dah dua tawun kot aku kena reja raya. citt!! pas bos naik saja yakni pada raya ke4, aku nak sambung cuti lak. haaaa buleh lagu tu? aku dok plan nak cuti sakan. nak paksa bos aku bagi cuti buleh dak? sbb dah lama jadik officer in charge kat opis biro ni, kepala hangguk aku dah bengong dahhh!!

nak pi jenjalan cam best jugak kan, tp konpem aku tak larat, hampessss!! takpa, jalan2 dlm umah sajalah...

weiiiii!!! manalah lecturer hampa nihhhh?? aku nak goreng apa pun tatau satgi. payah aih bab2 lagu nih. buhsan! oklah, sekian lah dulu. tata!

Tuesday, 23 July 2013

dah 2 minggu posa =)

Salam...
dok tak dok dah dua minggu posa. Alhamdulillah dapat jugak bertahan dengan keadaan 'bermuatan lebih' ni. mula2 tu dok risau la takut takbleh tahan. tp Alhamdulillah, Allah bg kederat buleh jugak aku bertahan dan berharap semoga dapat la posa penuh tahun nih...

bab baju raya, aku takla ghairah sgt cam tahun sblm nih. baju anak2 pun dah stenbai sekadaq perlu saja. nak sepp sikit la raya kali ni dan diharap Berjaya.. hihiii...

bab kuih langsung tak order sbb dok rasa takdak tekak nak makan benda beli ni. time buka posa pun aku masak. ada 2-3 kali ja aku beli tp utk soq, mmg akan masak la walaupun sekadaq teluq n sardine. lagi sedap drpd lauk beli.

tema kami sefamili tahun nih adalah ijo - go green =D pilihan anakanda Rizqi. ijo pucuk pisang, hambek hang! dia mmg suka kala cenggitu. last year nak merah, last sekali budak2 ja pakai merah, aku ngan hasben tak gamak la nak pakai kala garang lagu tu.. huhuuu

sekian saja utk kali ini. ngantukss la pulops!!!

Monday, 10 June 2013

... ku intai teduhan

Salam...

setelah hampir 7 tujuh berkhidmat dgn gomen, tepikirlah akan diriku untuk mencari 'teduhan' milik sendiri... sebelum ni tak berapa nak pikiaq sbb almaklumlah karier macam aku nih tak dok kat satu tempat sampai berakaq, sentiasa berisiko utk ditransferkan.

tp setelah menimbang dan memperhalusi situasi aku la nih, aku rasa, nak kena jugaklah beli umah - dgn harapan aku dpt stay kat Kedah ni sampai berakaq, tak kira la masih di opis yg sama mahupun ada rezeki bertukaq ke jabatan lain yg menjanjikan 'kehidupan abadi' (selagi hayat dikandung badan la..) di negeri jelapang padi nih...

buat masa la nih, aku adalah intai satu lokasi nih kat malau. inilah gambarannya...


rega yg ditawarkan utk lot yg aku pilih RM2++,+++. perghhhh senak jugak tu. tp nak buat lagu mana, memang rate tu dah zaman la ni. umah mahai nak mampuih... huhuuu... la nih nak kena process apa yg patut pastu proceed la ke pihak terbabit... inshaAllah kalu suma ok, dapatlah berteduh di bawah bumbung sendiri nanti...

harapan aku, semoga urusan pembelian 'teduhan' aku nih berjalan lancaq, dipermudahkan dan dilembut serta dilapangkang hati2 insan yg menguruskan application aku tu. aaminn =)

Friday, 31 May 2013

- Jenjalan KL, Genting, Shah Alam, Seremban, Penang -

Salam...
maleh nak menulih bebanyak, lets the photos talk lah =)
 
opis les copaque, shah alam

sky way genting

birthday iyad @ s


penang international airport