Sunday 28 April 2013

Kubang Pasu: Kawasan Hitam Jadi Lubuk Pendidikan

Oleh Kamarul Ariffin Md Yasin dan Shuhaida Mohd Said


JITRA (Bernama) -- Pembangunan pesat, yang dinikmati penduduk kawasan Parlimen Kubang Pasu dilihat sebagai usaha tanpa mengenal jemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak beliau menjadi anggota parlimen kawasan itu selama tujuh penggal sejak 1974.

Daerah Kubang Pasu mempunyai dua kawasan parlimen iaitu Parlimen Kubang Pasu iaitu kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Parlimen Jerlun.

Berkunjung ke kawasan Parlimen Kubang Pasu, pembangunan cukup jelas dengan banyak bandar wujud seperti Jitra dan Changlun, selain menjadi pintu masuk ke selatan Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam.
Apa yang lebih ketara lagi ialah banyaknya institusi pengajian tinggi di Parlimen Kubang Pasu yang turut sampai sehingga ke Parlimen Jerlun.

Bagaimanapun ramai terutama golongan muda tidak menyedari bahawa kawasan Parlimen itu terutama di kawasan Sintok suatu ketika dahulu amat ditakuti untuk dikunjungi kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand dan sebahagian daripada daerah itu adalah "kawasan hitam" berikutan ancaman komunis.

Ketua Biro Kaji Selidik Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Mohd Kasri Saidon berkata Sintok diisytiharkan sebagai kawasan paling hitam ketika zaman darurat dan dibuka semula pada 1960.

Kini semua itu menjadi sejarah dan menerusi usaha dan perancangan teliti kerajaan BN, Sintok menjadi lokasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan banyak lagi institusi pengajian.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata setelah hampir tiga dekad UUM ditubuhkan, ia terus berkembang pesat sejajar dengan arus pembangunan negara dan turut memberi kesan pembangunan ke kawasan lain di daerah Kubang Pasu.

"Kini UUM mempunyai bilangan mahasiswa mencecah 33,000 orang di pelbagai peringkat pengajian, staf akademik seramai 1,200 orang dan staf pentadbiran 1,600 orang. Dari segi program akademik, UUM kini menawarkan 37 program di peringkat Sarjana Muda dan 68 program di peringkat pasca sarjana," katanya.

Selepas UUM bertapak, saban tahun semakin banyak institusi pendidikan diwujudkan di daerah Kubang Pasu terutama di Parlimen Kubang Pasu sehingga komuniti pelajar di kawasan itu menjadi antara kelompok dominan.

Antaranya adalah Kolej Matrikulasi Kedah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman (IPGMKD), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Daerah ini juga memiliki Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu dan Sekolah Sultan Abdul Halim.

Empat Pusat Latihan dan Kemahiran juga terletak di daerah Kubang Pasu iaitu Institut Latihan Perindustrian Jitra, Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Pusat Giat Mara Jitra dan Pusat Giat Mara Jerlun.

Dengan adanya wakil rakyat seperti Dr Mahathir, yang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sejak 1981 hingga 2003, daerah Kubang Pasu terutama Parlimen Kubang Pasu membangun dengan cukup pesat sehingga ramai orang luar kagum dengan transformasi dari kawasan komunis menjadi lubuk pendidikan.

Walaupun, Dr Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia dan bukan lagi anggota Parlimen Kubang Pasu tetapi pembangunan masih diteruskan oleh wakil parlimen itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini menentang calon PAS Mohd Jamal Nasir.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra ia menyaksikan pertembungan antara calon PAS Dr Rohani Abdul Muttalib dengan calon BN Aminuddin Omar manakala satu lagi kerusi DUN iaitu Bukit Kayu Hitam, penyandang Datuk Ahmad Zaini Japar dari BN menentang Nasrul Omar Che Mansor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parlimen Kubang Pasu mempunyai 65,550 pengundi.
-- BERNAMA

13

Salam...

sempena PRU ke-13 ini maka sudah 13 hari aku bekerja non-stop. wah hebatnyerrrr!!! penat la.. nak cuti dengan penuh perasaan la lepas election ni. silalah jgn buat hal wahai semua orang2 selepas pru ini. terimalah segala keputusan dgn hati terbuka. lagi 5 tahun ada lagi lorrrr itu pru!!!!

sekian, wassalam....

Monday 15 April 2013

PRU13 - GE13

Salam...

Pilihan Raya Umum (PRU) dan General Election (GE) adalah dua perkara yang sama.

Sekian sahaja kerana saya rasa nak muntah dah cakap pasai mengundi nih. buhsan!!!