Friday 29 May 2009

beverly hills 90210

hari nih aku melayan few episodes BH 90210 kat youtube. saja ja teringat zaman dulu2. BH 90210 nih one of my favorite series waktu aku muda2 dulu la. i think most of the remaja at dat time minat gila ngan BH 90210 nih cos all the casts were attractive! meruntun jiwa sangat especially luke perry la. hensem bangat!!!

tp kan sebenaqnya kan aku maghah gak ngan scriptwriter nih. dah comey2 brenda (shanon doherty) n dylan (luke perry) couple, dok buat crita depa clash plak.. syahdu la aku tgk waktu dylan n brenda clash... huhu.. then lg sakit hati, dylan n kelly couple??!!! adei la.. bespren brenda tu. apa ke bengong la script tu! (dah tau bengong pun aku layan gak..).. dok harap la sangat dylan n brenda balik semula, tp dak gak.. huhu.. syahdu.. syahdu.. emo aih!

dan sampai la nih aku taktau lak last episod jadi camna. tak penah tengok lak. givap half way sbb dylan n brenda tak back together.. huhu



--- i've crush on him.. goshhhh! hehe ---
--- lovely couple ever.. they're so sweet ---

--- Beverly Hills 90210 casts ---

beautiful song

i really love the lyric of Hero sang by Enrique. It’s so 'soft' and make we wanna cry every time i hear of that song. huhu… i did cry yaa... The meaning of the words is so deep and I can feel it deeply in my soul. “You can take my breath away…” That’s my favorite line :)

------------------------------------
Would you dance, if I asked you to dance? Would you run and never look back?
Would you cry, if you saw me cry?
And would you save my soul, tonight?
Would you tremble, if I touched your lips?
Would you laugh? Oh please tell me this.
Now would you die, for the one you loved? Hold me in your arms, tonight.

Would you swear, that you'll always be mine?
Or would you lie? would you run and hide?
Am I in too deep? Have I lost my mind?
I don't care...You're here tonight.
---------------------------------------

Tuesday 26 May 2009

AEROSMITH n NICKELBACK

GOTTA BE SOMEBODY by Nickelback is my 2nd favorite song after I DON’T WANNA MISS A THING by Aerosmith… aku takdak any specific favorite artist or band. But I just love this 2 songs dat will never faded frm my mind.

Aku susah nak suka btoi2 any lagu nih.. dah umuq 27 thn nih, baru 2 lagu nih aku btoi2 suka. Both songs got something that touch mind and soul. i'm touched!!! gosh... hehe. So mmg minat gila la.. Those are my favorite lines:

I DON’T WANNA MISS A THING:
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure…. 'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby…


GOTTA BE SOMEBODY: Tonight, out on the street, out in the moonlight
And dammit this feels too right, it's just like déja vu
Me standing here with you.. You can't give up, (when looking for) a diamond did erupts?? (you will never know)
The wind shows up, (make sure you're holding on)
Cause it could be the one, the one you're waiting on...


- ends -

Friday 22 May 2009

assigment aku today pas jumaat @ 3pm, so blah pagi nih free la.. so dok pk-pk nak watpa, tringat lak time kawin dulu. haha.. saja nak tulis skit kisah aku n 'd' (dats wat i call my hasben)..

last 05/05/09, we celebrated our 2nd anniversary.. rasa sat ja masa berlalu.. well, da clock will never stop ticking :) this year, kami tak pegi memana, juz jalan2 n having spesel dinner ja. "takdan la, kita pospon dulu ek" kata my hubby... takdan ngan masa n takdan ngan duit, maklumla musim gawat nih. haha.. takpa, tak kesah pun, sebab lg best dok umah ja, ada kiki :)

--- photo taken on our 1st anniversary ---

on 05/05/07, aku n hasben selamat diijabkabulkan di Masjid Kodiang (kampung aku), pas solat zohor. time tu kami wat kenduri kecik2 ja coz my abah nak buat resepsi skali ngan my oldest brother on july 07. so i folo jer :) time nih aku n hasben still keja kat KL (kami sewa umah kat wangsa maju).


--- photo taken @ my fren's studio ---

--- 1st touch as hubby n wifey ---

on 14/07/07, majlis resepsi kami diadakan... sebelah aku wat kat umah parents di Kodiang n sbelah hasben buat kat dewan Jitra. penat ya Tuhan.. dahla dok kena senyum manjang, dah tu kena layan suma org. slalu dok makan kenduri org, pas makan blah, nih kenduri sendri, naik sesak aku nih ha...
--- @ my parents' resident @ kodiang. frm left: ummi atiqah ali yusof (ipar), shahrulnizar (oldest bro), mrs che olah man, mr mohd said saad, harith hashim (hasben) n shuhaida (me) ---

--- @Dewan Jitra. frm left dato hashim ahmad (in-law), harith hashim (hasben) n shuhaida (me), hamdi hashim (ipar), siti fadzilah tom (biras) n datin ummi kalsom long (in-law) ---

on 02/02/08, kul 12.28 pg aku n hasben dikurniakan Kiki. lahir kat HUKM, Cheras. Kiki lahir awal tiga minggu dr due date. tak sabaq dah nak kuaq. haha... ada leaking, so terpaksa la induce sbb tkut infection. time aku dlm pantang nihla dpt surat transfer balik Kedah, wah! hepi gila, Alhamdulillah. kalu tak mau semak kepala otak aku dok sorg2 kat KL nun.. bosan dok KL!! haha..
--- havin' problem wit my niple, have to bottle-feed, poor Kiki... ---

--- photo taken on 02/02/08, early morning ---

well, tu la serba skit kronologi idup aku pas kawin.. saja ja nak cita :)
i'm very grateful for all da gifts n joys dat HE grants me. thanx LORD...

Thursday 21 May 2009

mee goreng frankfurter...

dah lama aku tak masak. since ada kiki nih tak sempat nak memasak. sibuk ngan dia ja. sesekali balik kampung tu ada la masak skit2.

semalam tetiba ja rasa macam nak makan masakan sendiri. mula tu ingat nak masak spageti meatball kegemaran, tp dah hasben tak minat, so tukaq la kepada selera melayu yg aku ejas resipinya; 'mee goreng frankfurter ayam bersama naget yang digoreng garing'. hehe.. aku reka sendiri nih...

time dok masak tu, jenuh aku 'melawan' serangan kiki bertubi2 yang cuba untuk 'menolong' aku memasak. hehe.. aku cakap, "mummy cooking la, jangan kaco", dia blah la semenet, pastu mai balik n tarik la apa saja yg dia bleh capai.. alahai.. mencabar sungguh adegan memasak aku malam tadi. lastly, aku berjaya gak menyiapkan hidangan makan malam kami tu dgn jayanya pada pukul 8.30 malam. dan inilah hasilnya, hehe :


--- mee goreng frankfurter ayam ---

--- mee goreng frankfurter ayam bersama naget yang digoreng garing ---

--- dizert eskrem vendeta walls.. saja la kumpul poin nak dapat durian runtuh.. hehe ---





Thursday 14 May 2009

mom's day wish frm kiki n babah

memula tu aku dok heran la apala agaknya si kiki n babah dia dok wat dlm bilik belakang tu. siap tutup pintu n diam ja... aku pun malas la nak amik port, so lepak kat depan tgk tb ja. biaqla 2 beranak tu wat hal depa..

then suddenly kiki mai kat aku sambil heret satu plastik n envelope kaler pink. babah dia ckp "bak mummy". then dia dtg n bg envelope tu ja. plastik beg tu dia lepas n tinggal half way nak mai kat aku.then babah dia cakap "kiki tetingal nih". dia amik balik envelope yg dia dah bg kat aku, pastu patah balik n amik plastik yg ada satu kotak lalu letak kat depan aku. envelope pink tu dia letak atas kotak tu. pastu dia lari pi kat babah dia balik.

tegelak besaq aku tgk gelagat dia gitu... rupanya depa bg kad kat aku nak wishing hepi mom's day. kat kad tu ada cop jari kiki n babah n its really cute. aku pun bawak pi opis, letak kat meja :D
--- kad yg sangat kiyut ---


--- thumbprint babah n kiki ---

--- mug utk hiasan meja opis ---


thanking babah n kiki very much. mummy luv u guys too :D



Tuesday 12 May 2009

kiki n pigeons

hari nih aku back to ofis pas lebih seminggu cuti. wahhh malas ah! hehe...
time cuti ritu, tak kemana-mana pun. lepak @ kodiang n t.maheran ja. dlm tempoh tu gak, ada la 2x pi penang. saja jenjalan n bawak abah aku pi umah makcik aku. waktu pusing2 kat gurney drive n pdg kota, kami singgah jap amik angin tepi laut. kiki kemain hepi lg cos kat situ byk pigeons. baling roti ja, segerombolan pigeons mai. kiki siap posing ala2 nak flying gi.. check those photos !







Saturday 9 May 2009

bukit selambau fever

aku n team bekampung almost 3 weeks kat BS time by election ritu, pas YB Arumugam resign. kami suma lepak kat swiss in. naik bekilat la muka masing2. tapi dah nama pun tugas kan, so lantak la kan. penat toksah cakap la, sampai demam la aku nih.. sambey bekeja, byk gambaq aku snap. saja utk kenang-kenangan.. hehe.. lumrah dah la kalu outstation mesti pose ja manjang. sibuk camna pun mesti dan pose nya...

here are some of da piccas yg aku main pick n upload kat sini.. cheers...

--- closing pose pas abih kira undi, PKR wins! ---

--- poster calon bebas "Cap Ayam" ---

--- perayu undi ---

--- an evening with Tun M ---

--- pc by MB Datuk Seri Ustaz Azizan ---

--- waiting for pencalonan confirmation, end up wit 15 candidates! gila! ---

Suplemen Homeopati Baik Untuk Ibu Mengandung?

Oleh Shuhaida Mohd Said

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Keletihan serta alahan yang serius merupakan satu fenomena yang sering dialami segelintir wanita hamil terutama mereka yang hamil buat kali pertama.

Situasi ini seringkali mengganggu emosi wanita bermula dari awal usia kandungan sehinggalah detik melahirkan anak.

Pelbagai jenis suplemen seperti multi-vitamin yang dibekalkan oleh doktor diambil untuk mengurangkan masalah berkenaan, termasuklah yang popular di pasaran iaitu rumusan berasaskan homeopati.

Hasil perkembangan teknologi perubatan, pelbagai jenis makanan kesihatan tambahan diperkenalkan dan setiap suplemen dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri.

RUMUSAN HOMEOPATI

Pengamal perubatan homeopati Dr Husna Azizan berkata, antara hasil perkembangan teknologi perubatan termasuklah pengenalan kepada rumusan homeopati, biokimia dan herbalisme.

"Terdapat pelbagai jenis produk homeopati untuk wanita hamil yang berasaskan alam semulajadi, mineral dan galian di pasaran tempatan", katanya kepada Bernama disini.

Dr Husna berkata rumusan pemakanan homeopati dipercayai mampu membantu kaum ibu menjalani pengalaman hamil dengan lebih selesa dengan membekalkan zat tambahan yang memberi lebih tenaga kepada mereka.

"Rumusan homeopati membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, mencegah demam, batuk, selesema, sakit kepala dan sakit gigi.

"Pengambilan rumusan homeopati juga dipercayai dapat merangsang pembinaan saraf dan otak bayi semasa dalam kandungan lagi", kata Dr Husna.

KELEBIHAN HOMEOPATI

Dr Husna berkata wanita hamil yang mengambil suplemen homeopati yang lengkap dengan kandungan zat besi juga akan lebih bertenaga, cerdas dan dapat mengawal emosi agar sentiasa tenang.

Ia juga dipercayai dapat mengurangkan sakit serta memudahkan kelahiran bayi di samping dapat menghilangkan rasa takut serta cemas kepada bakal ibu, katanya.

Beliau berkata wanita hamil sangat digalakkan mengambil suplemen seperti rumusan pemakanan homeopati bagi memastikan emosi serta kesihatan bakal ibu berada pada tahap yang baik.

"Keadaan kesihatan ibu akan mempengaruhi tahap kecerdasan anak di dalam kandungan dan sekiranya ibu sentiasa sihat dan cergas, bayi juga akan sihat dan cergas", katanya.

Beliau berkata sebaiknya suplemen homeopati diambil setelah kandungan mencecah usia tiga bulan ke atas.

Dr Husna berkata ia juga dapat membantu menyusun semula alat peranakan di samping menguatkan seluruh anggota tubuh yang terjejas akibat proses bersalin.

Katanya, pengambilan rumusan homeopati juga boleh diteruskan sehingga lepas bersalin untuk membantu melegakan luka, menghilangkan sengal serta bisa-bisa selepas bersalin.

PANDANGAN PAKAR

Sementara itu Pakar Ginekologi dan Obstetrik di Kedah Medical Centre, Dr Kamaruzaman Ali berkata setiap wanita hamil perlu berwaspada dalam memilih apa saja rumusan makanan tambahan termasuk homeopati.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan pertama kandungan adalah sangat kritikal dan bakal ibu seharusnya peka dan tidak terlalu ghairah mengambil pelbagai makanan tambahan yang kononnya menjamin kesihatan bayi yang dikandung.

"Bagi saya, multi-vitamin yang selalu dibekalkan doktor sudah mencukupi kerana dari segi prinsip homeopati, ia melibatkan penggunaan steroid dalam dos yang rendah untuk meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit dan kadang-kadang ia hanya mengandungi zat besi semata-mata.

"Yang penting ialah mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen kerana dalam perubatan moden pun ibu hamil perlu berwaspada tentang ubatan kerana ia mungkin membahayakan kesihatan kandungan," tambah beliau.

-- BERNAMA

Monday 4 May 2009

kiki dah 1 year +

dah lama tak post kat blog nih... last aku posting bulan 1 ritu. tu pun as alwaz post aku nya artikel ja.. malas nak posting sbenaqnya ditambah dgn kesibukan bekerja yg tak berkesudahan.. haha bulan lepas aku bekampung almost 3 minggu kat bukit selambau sbb by election tu. penat sungguh! hampeh toi la.. nih baru la bekesempatan amik cuti panjang. tu pasal la dan gak posting nih. nih pun sbb kiki takdak, kalu tak, tobat takdak peluang aih.. haha...

2
feb lepaih, kiki genap setahun. aku n babah buat gak la makan2 skit kat umah tengku maheran utk raikan besdey dia. sblm tu buat majlih baca yasin kat umah kodiang, arrangement tok n wan dia la.. tp tak sempat nak upload gambaq dia, as mentioned earlier, aku sibuk manjang la kononnya...

haha
so, here's da piccas time sambut besdey kat umah aku:

--- kek beli kat fairy ja, aku pi SR, abih suma, tingai cheese cake ja suma.. so padan muka la sapa suruh tak booking kan ------ walaupun fairy, tp sedap.. tak sangka btoi aku.. tu la takbleh underestimate. dah la murah, untung aku :D ---

--- antara juadah yg disediakan laksa utan kampung, nasi lemak cik ma, bihun singapore, laicikang jalanan dan naget ---
--- antara tetamu yg hadir ------ kiki n beloved cousin qaim --
--- close up babe ---